11 Idea Raikan Ulang Tahun Perkahwinan: Nombor 10 Paling Gempak!

Apakah hari yang paling diingati oleh pasangan suami isteri? Tentulah hari pernikahan di saat diijabkabulkan antara seorang lelaki dengan seorang wanita. Sudah tentulah, setiap pasangan mahu meraikan hari berbahagia ini setiap tahun dan berdoa kepada Tuhan untuk kekal bahagia hingga ke syurga. Untuk anda yang sangat mementingkan sambutan ulang tahun perkahwinan agar kasih, sayang dan cinta itu sentiasa dibaja dan berusaha menjaga keharmonian rumah tangga, ini ada 12 idea untuk anda.



1. Ucapkan TERIMA KASIH dan ungkapan SAYANG.

Tidak perlu keluar wang ringgit, hanya perlu ucapkan ‘terima kasih’ buat pasangan kerana sudi menjadi teman sehidup semati. Terima kasih buat suami yang sudi memilih kita sebagai suri hati dan bekerja kuat untuk memastikan kestabilan rumah tangga. Begitu juga ucapan terima kasih buat isteri yang sudi menerima sang suami, sanggup memberikan zuriat dan menguruskan rumah tangga dengan sebaiknya.

2. Beri KAD UCAPAN.

Kad ucapan kini adalah sesuatu yang agak asing kerana ramai orang menggunakan Whatsapp yang lebih mudah dan menjimatkan. Sesuatu yang menarik tentang kad ucapan adalah anda boleh tulis kata kata ucapan dan sayang. Paling mahal apabila anda turunkan tandatangan. Yang menariknya, kad ucapan ini boleh ditampal di hadapan meja kerja atau di depan cermin. Hati mesti berbunga bunga mendapat kad ucapan. Perkara yang paling ‘rare’ di zaman sekarang. Percayalah! Kerja yang murah dilakukan tetapi impaknya sangat besar.



3. Berikan HADIAH.

Hadiah adalah idea yang selalu dibuat untuk meraikan seseorang yang dikasihi. Pilihlah hadiah dalam bentuk sesuatu yang digemari oleh pasangan atau berguna untuk aktiviti mereka.

4. MASAK sesuatu yang istimewa di rumah.

Masak sesuatu yang istimewa untuk sambutan ulang tahun di rumah juga idea yang menarik. Pilihlah hidangan yang jarang dimasak agar hidangan tersebut Nampak sungguh istimewa. Untuk lebih meninggalkan kesan manis, mungkin boleh tinggalkan sebentar anak anak bersama orang lain (babysitter, ibu bapa atau saudara) agar anda boleh menikmati makan malam berdua di rumah dengan romantik.

5. CHECK IN di hotel.

Wah… sesekali bawa pasangan kita check in di hotel untuk menghargai mereka. Tidak salah memilih hotel yang berada di kawasan tempat tinggal kita atau boleh sahaja memilih yang jauh. Pilihkan hotel yang kondusif, suasana yang menarik atau kemudahan yang terbaik. Selamat menikmati hari bahagia.

6. Bawa pasangan MAKAN di luar.

Pilihlah restoran yang mempunyai menu masakan yang unik, yang disediakan dari bahan bahan yang terpilih, suasana yang romantik dan selesa, kedudukan meja dan kerusi yang tidak terlalu padat, dekor yang menarik, atau review orang lain. Inilah masanya anda bawa pasangan anda menikmati menu yang diidam idamkan. Belanja mereka dan lihat wajah mereka yang gembira apabila hidangan tersebut berada di depan mata. Pastikan makan malam ulangtahun perkahwinan ini meninggalkan memori yang indah terhadap pilihan makanan dan suasana.



7. Lawati semula LOKASI pertemuan pertama.

Anda bersedia mengimbas kembali zaman pertemuan kali pertama dengan di dia. Apa kata anda bawa pasangan anda lawati semula tempat di mana anda mula berkenalan, berjumpa dan menyulam kasih. Pastinya suatu momen yang paling menyentuh hati dan memori memori indah mula berlegar- legar di minda apabila anda dan pasangan sampai ke tempat tersebut.

8. Pergi BERCUTI.

Ambil cuti dan pergi bercuti ke tempat tempat peranginan yang menarik dan terbaik bersama pasangan anda. Inilah masanya anda menghabiskan masa bersama untuk keluar dari hiruk pikuk kotaraya atau beban kerja yang banyak. Jika sebelum ini mungkin anda banyak menghabiskan masa kerana mencari nafkah untuk keluarga, sekarang peruntukkan masa sebaiknya bersama yang tersayang. Sama ada pergi berdua atau bersama anak anak, terpulang kepada anda. Pastikan percutian ini dirancang sebaiknya supaya ianya meninggalkan memori indah yang membibitkan rasa kasih sayang yang abadi.

9. Tukar suasana BILIK TIDUR.

Apa kata anda tukar ‘mood’ bilik tidur anda dengan melakukan sedikit perubahan di bilik tidur. Anda boleh menukar langsir, menghias meja solek dengan bunga ros yang diletakkan di dalam pasu, pasang lagu yang romantik dan letak wangian yang menyegarkan untuk menghidupkan semula rasa kasih sayang dan cinta. Tutup lampu dan gantikan dengan lilin. Ianya sesuatu yang manis untuk diingati.



10. ‘KAHWIN SEMULA’.

Peristiwa ‘kahwin semula’ ini mengingatkan kita dengan persandingan semula pelakon dan penghibur tanah air iaitu Shuib dan Siti Sarah setelah 6 tahun berkahwin. Anda juga boleh melaksanakan idea ini tetapi dengan syarat anda memang suka kelainan dan dapatkan persetujuan pasangan anda. Cayalah! Anda memang lain dari yang lain. Pasti ramai ahli keluarga dan kawan kawan akan turut mendoakan kebahagian anda.

11. Buat KEJUTAN.

Ini juga ramai orang suka buat. Tidak sukar mana melakukan kejutan kerana banyak pihak menawarkan servis kejutan untuk meraikan yang tersayang. Maklumat ini boleh anda perolehi dengan mudah di instagram.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen