Tiba2 pitam waktu 'interview', Roslan Shah kini stabil lepas rebah dalam program WHI

Oleh: Shasha Zack

Beberapa jam lalu, tular video menunjukkan selebriti  kelahiran Singapura, Roslan Shah yang tiba-tiba rebah dalam 'live' sesi temu bual program Wanita Hari Ini.

Difahamkan, Roslan merupakan selebriti jemputan bagi program WHI untuk mengulas topik hari ini iaitu Si Mulut Tempayan.

Tiba2 batuk dan rebah

Awalnya, sesi temu bual berjalan lancar sebelum Roslan terbatuk-batuk dan rebah di hadapan meja kaca ketika program berjalan secara siaran langsung.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)

Pengacara kalut, terkejut dengan apa berlaku

Memetik sumber Kosmo, Hawa Rizwana dan Fatin Hamimah  yang bertugas sebagai pengacara hari ini, terkejut dan meminta krew bertugas segera memberi bantuan.

Difahamkan, program terus dialih siaran kepada iklan serta merta untuk krew memberi bantuan kecemasan.

“Saya dan juga Fatin sangat terkejut melihat cik Lan tiba-tiba rebah. Mujur ada kru produksi segera memberikan bantuan.”  - Hawa.

Roslan Shah stabil, doktor sahkan dalam keadaan baik

Susulan insiden yang berlaku, setakat ini difahamkan Roslan atau mesra disapa Cik Lan masih menerima rawatan di hospital dan dilaporkan stabil.

Posting dari Instagram pihak TV3 juga menjelaskan keadaan terkini Cik Lan dalam keadaan baik.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

 

Sebelum hadir interview, ada maklumkan kurang sihat...

Terdahulu, Cik Lan ada memuat naik keputusan ujian saringan Covid-19 dengan menunjukkan satu calit merah (negatif) di kit ujian tersebut, sehari sebelum menghadiri program WHI.

Namun begitu, dalam kapsyen, beliau mengakui status kesihatannya agak kurang sihat kerana mengalami sakit kepala.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen