Terlampau 'smart' di wedding orang, lelaki tiba2 jadi 'pengapit terjun', tapi dihalau akibat terlalu 'blur'

Oleh: Shasha Zack

Menjadi pengapit dalam majlis kahwin merupakan salah satu punca gemuruh dan 'nervous' kerana turut menjadi perhatian orang ramai.

Itulah yang berlaku pada seorang lelaki yang terkejut bercampur 'nervous' apabila dia tiba-tiba diamanahkan untuk menjadi pengapit dalam majlis kahwin rakannya.

"First and last jadi pengapit terjun."

Perkongsian @fauzanaqil di Tiktok mengundang tawa ramai apabila video yang dimuat naik, ketara sikapnya yang terkejut bercampur 'blur' tatkala mengiringi pengantin.

Malahan, netizen menjadi semakin terhibur apabila lelaki tersebut siap menaiki pelamin terlebih dahulu dari pengantin, mungkin kerana terlampau panik.

@fauzanaqil first and last jadi 'pengapit terjun' 😭😭 #fyp #foryoupage #foryou ♬ original sound - yourboyjan

"Part kena halau, hati saya tertusuk juga..."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur melihat gelagat 'blur' lelaki tersebut yang dihalau pengantin lelaki.

Malahan, mereka lebih terhibur melihat pergerakan lelaki ini yang dilihat kekok, tidak sama dengan pengantin perempuan, siap 'berebut' ingin naik pelamin lebih awal dari pengantin.

"Macam berebut nak naik pelamin dengan pengantin..."

"Blur dia sampai hilang pengantin..."

"Pengapit pon kemain tak sabar naik pelamin..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen