Surah Al-Fatihah adalah surah pertama dalam Al-Quran. Al-Fatihah maksudnya pembukaan iaitu surah pembukaan dalam kita suci tersebut. Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat. Al-Fatihah merupakan surah yang pertama diturunkan dengan lengkap antara surah-surah lain yang ada dalam Al-Quran. Surah ini disebut Al-Fatihah (Pembukaan), kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran.
Dinamakan Ummul Qur’an atau Ummul Kitab kerana dia merupakan induk dari semua isi Al-Quran. Dinamakan pula As Sab’ul Matsaany (tujuh yang berulang-ulang) kerana jumlah ayatnya adalah tujuh ayat dan dibaca berulang-ulang kali dalam solat.
Sheikh Mahayuddin bin Al Arabi Khadas-Allah Serah berkata:
Sesiapa yang ada hajat, hendaklah dia membaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali, selepas menunaikan solat Maghrib. Jangan bergerak dari tempat duduknya hingga selesai membaca Al-Fatihah 41 kali yang disebutkan di atas. Setelah itu berdoalah kepada Allah akan hajat yang dikehendaki. Iaitu hajat yang baik-baik. Inshaa Allah dikabulkan doanya. Amalan ini terbukti kemujarabannya, dengan izin Allah jua.
Semoga perkongsian tentang cara membaca surah Al-Fatihah untuk memohon hajat ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Baca Surah Al-Fatihah 41 Kali Untuk Meminta Hajat Inshaa Allah Segala Hajat akan Dimakbulkan.


Ikuti Telegram Redaksi untuk berita baharu dan isu terkini.
Tinggalkan Komen