Kenali Pasangan Anda Melalui Cara Dia Makan.

Kesibukan kerja bukan alasan untuk anda dan pasangan anda keluar makan bersama. Bila ada masa terluang, ajak lah pasangan anda keluar makan di tempat dia suka. Selain dapat merapatkan hubungan, boleh la kita ambil kesempatan itu untuk mengenali personaliti pasangan kita. Cara makan pun salah satu cara untuk kita kenal perangai sebenar pasangan kita tau.



Mari kita lihat 6 cara untuk lebih kenal tentang pasangan anda melalui cara mereka makan.

1. Makan dengan tenang.

Makan tak bising, senyap saja. Tak membebel dan tak merungut. Seorang yang tidak memilih makanan dan makan sampai habis. Jika pasangan anda perwatakkannya begini, jangan gusar. Itu tandanya dia seorang yang setia.

2. Suka membelek makanan.

Yang jenis suka membelek makanan ni biasanya seorang yang cerewet bab makan. kalau lauk ikan tu, dia akan asingkan tulang ikan. kalau makan sayur pulak, elok je dia susun sayur tepi pinggan tu. Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!



3. Serius ketika makan.

Cara dia makan nampak santai saja, tidak banyak bercakap tetapi sekali sekala ada mengur anda. Bermakna korang masih lagi ‘wujud’ di depannya. kalau dia jenis yang romantik, mata dia asyik duk tenung anda je. mesti hati bunga-bunga je kan, jangan sampai tercekik tulang sudah.

4. Makan sambil borak sampai lauk tak terjamah.

Makan sambil borak-borak ni memang seronok, tak boring. Tapi kalau sampai lauk tak terjamah pun tak boleh jugak kan. Selalunya orang perwatakkan sebegini seorang yang sangat periang, susah nak marah. Tapi awas, jangan buat dia marah. ‘Angin satu badanlah pulak!

5. Makan sambil kerap tengok jam.

Makan tak sampai 10 minit, dah nak balik. tak tahu lah apa yang dikejarkan. Tapi angan salah faham, bukan bermakna dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa.



6. Makan membebel dan merungut.

Tengah-tengah makan pun duk sibuk nak bercakap, komen makanan tu tak sedap, lauk tu tak cukup garam, air kurang gula. Membebel je kerja sampai anda sendiri naik rimas.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri korang. hati-hati ya, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas korang nanti!

Korang rasa pasangan korang jenis yang macam mana? share pada kawan-kawan bagi memudahkan mereka mengenal personaliti pasangan mereka ya!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen