Siapa Yang Perlu Terlibat Dalam Sesebuah Majlis Pertunangan?

Oleh: Rafi

Semakin kerap sesuatu adat itu diamalkan, maka semakin utuhlah adat tersebut. Masyarakat Melayu sememangnya kaya dengan adat yang menjadi junjungan turun temurun. Berdasarkan hukum syarak, memadai bakal suami mengkhabarkan hasrat hatinya untuk mengahwini seorang gadis kepada si gadis tersebut sendiri atau walinya. Mengikut adat pula, biasanya saudara terdekat akan mewakilkan keluarga pengantin lelaki. Boleh juga ibu bapa kedua-dua bakal pengantin berbincang sesama sendiri sesuai dengan konsep bertunang menurut syariat iaitu satu rahsia.



Pertunangan perlu dirahsiakan kerana dibimbangi berlaku pemungkiran pertunangan klik 'Pemungkiran Pertunangan', sudah pasti pihak yang menerima keputusan putus tunang tersebut akan rasa malu malah boleh menimbulkan fitnah atau cerita tidak baik di kalangan mayarakat berkenaan mangsa putus tunang tersebut. Hanya apabila sampai waktu dan tikanya untuk diijabkabulkan, barulah boleh pertunangan ini didedahkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen