7 Sebab Mengapa Wanita Gemar Mencari Jodoh Melalui Internet. Wajib Tahu!

Oleh: Khairul

Pada masa kini tak asing lagi ramai para wanita telah beralih untuk mencari pasangan hidup melalui atas talian (online). Ramai juga telah berjaya bertemu dengan pasangan sehingga menjejakan kaki ke alam perkahwinan. Dahulu mungkin mencari jodoh melalui online sesuatu yang janggal tetapi kini ianya sesuatu yang amat berkesan.

Di sini kita tertanya-tanya mengapa para wanita memilih untuk mencari jodoh melalui atas talian? Ikuti artikel ini untuk mengetahui factor dan penyebabnya:

1. Terlalu sibuk dengan urusan harian

Ramai wanita pada masa kini merupakan wanita yang berkejaya dan terlalu sibuk dengan hal-hal di pejabat sehingga terlupa akan urusan seperti jodoh. Wanita berkejaya seperti ini kebiasannya akan tersedar ketika pulang ke kampung dan apabila ditegur oleh orang tua mereka.

2. Pemalu

Wanita dengan sifat pemalu memang tidak dapat dipisahkan. Malu juga merupakan factor di mana ramai wanita yang lebih cenderung untuk mencari pasangan di internet kerana tak perlu bersemuka ketika ingin memilih calon idaman. 

3. Takut di“reject”

Ditolak atau diterima merupakan lumrah dalam kehidupan. Tetapi tidak semua orang boleh menerima apabila dirinya ditolak. Ada sesetengah wanita merasakan “being rejected” merupakan satu tamparan yang besar buat diri mereka.

4. Rendah keyakinan diri

Ada diantara kita yang pernah ditolak berkali-kali dalam pejalanan mencari pasangan hidup. Ini boleh menyebabkan seseorang itu rendah atau hilang keyakinan diri untuk memulakan langkah mencari pasangan.

5. Pilihan lebih terbuka

Di ruangan internet maklumat semuanya boleh didapati di hujung jari. Setiap wanita semestinya mempunyai senarai ciri-ciri lelaki idaman. Pilihan di internet sangan meluas, kita boleh semak profile seseorang itu tanpa berjumpa dengan individu tersebut malahan boleh memilih bakal pasangan yang wajahnya “sejuk mata memandang” untuk kita tatap seumur hidup andaikata dia menjadi pasangan kita.

6. Peluang lebih cerah

Dengan meletakkan profile kita di tempat yang strategik akan memberikan peluang yang lebih cerah untuk bertemu dengan bakal pasangan hidup kita.

7. Tapisan lebih baik

Kita perlu bijak memilih tempat untuk meletakkan profile kita supaya profile kita tidak dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Antara laman web yang patuh syariah dan menjaga privasi yang boleh diyakini adalah seperti Baituljannah.com

Laman web ini lebih terjamin berbanding Facebook kerana ianya dipantau ketat dan sukar untuk berlaku penipuan.

Jodoh sememangnya ketentuan dari Allah SWT tetapi kita perlulah berusaha kearahnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen