Pening Kepala Bila Suami Merajuk Sampai Tak Nak Balik Rumah, 6 Cara Berkesan Pujuk Si Dia Dari Merajuk.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jarang-jarang kita dengar suami atau orang lelaki merajuk ni, tapi biasanya mereka merajuk ini hanya mahu lebih perhatian dari pasangan. Tidak pun egonya yang tidak mahu mengalah dengan si isteri. Kalau dah merajuk lama sudah pasti ada agenda pujuk memujuk, barulah satu ikatan terus mekar. Tapi jangan risau, buat isteri-isteri yang mempunyai masalah suami suka merajuk, anda mungkin boleh cuba tips ini.



1. Berikan masa dan ruang.

Orang lelaki ini biasanya ada ego yang tinggi. Sudah pasti mereka ini perlukan masa dan ruang untuk menurunkan ego mereka. Jadi masing-masing perlu perlulah sedar kesalahan sendiri barulah rasa sayang dan kasih itu bertaut kembali.

2. Masak makanan kegemaran.

Sudah menjadi kebiasaan pikat hati suami itu melalui perutnya. Jadi apabila sudah merajuk ni, apa kata pujuk dengan makanan kegemarannya, sudah pasti muncung yang panjang mengukirkan senyuman yang manis untuk anda.

3. Kejutan.

Kalau dah masakkan makanan kegemaran tidak jalan, apa kata anda cuba beri kejutan padanya. Siapa yang tidak sukakan kejutan. Jadi buat kejutan dengan sesuatu yang dia sukai. Tapi bila sudah menunjukkan reaksi yang positif, anda pula kena bijak mengawal keadaan.



4. Mengalah dan meminta maaf.

Jika sudah terlalu lama merajuk, tidak salah pun jika anda memulakan langkah dengan meminta maaf dan mengalah. Mengakui salah walaupun bukan salah anda. Tidak rugi pun jika kita mengalah untuk orang yang kita sayang dari menanggung rindu kan?

5. Pura-pura tidak tahu.

Jika suami anda kerap sahaja merajuk, anda boleh menggunakan langkah ini. Pura-pura tidak tahu dengan rajuknya dan lakukan rutin harian seperti biasa. Berpura-pura seperti tiada masalah yang melanda anda dan pasangan.

6. Menangis.

Jika semua cara tidak berkesan, maka sebagai wanita gunakanlah air mata sebagai senjata terakhir. Biasa orang lelaki ini kalah dengan air mata kaum hawa ni. Mereka pasti akan lembut hati melihat wajah anda bersama air mata itu. Tapi jangan guna selalu, nanti si dia boleh bau taktik anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen