"Kita patutnya tarik minat anak murid, bukan suruh mak ayah dia ambik." - Guru2 respons isu budak2 merengek

Oleh: Shasha Zack

Baru-baru ini, tular luahan sayu seorang ibu yang menceritakan aduan guru tadika di sekolah anaknya, yang tidak sanggup menghadap kerenah dan menyuruh ibu ini membawa pulang anak murid tersebut.

 

 

Ramai netizen geram, sepatutnya isu macamni tak timbul

Susulan perbualan yang tular, ramai netizen meluahkan rasa geram dan kecewa dengan sikap putus asa guru tersebut yang sangat tidak profesional dan tidak ada inisiatif untuk memujuk kanak-kanak berkenaan.

Malahan lebih menyayat hati, kanak-kanak tersebut disuruh pulang oleh guru kerana kerap menangis dan didakwa mengganggu pembelajaran.

"Tu budak 5 tahun, what do you expect. Dia dah 2 tahun duduk rumah. Kita la kena tarik minat dia..."

Sehubungan dengan itu, beberapa orang guru tampil memberi teguran dan nasihat atas isu panas yang berlaku.

Mereka berpendapat tidak seharusnya isu ini timbul memandangkan tugas seorang guru adalah menarik minat muridnya untuk datang ke sekolah dalam keadaan 'enjoy'.

 

@kaklizleg #shouldbeme ♬ original sound - kak liz LEG

"Kita belajar psychology, cara2 nak buat murid tertarik. Kalau tak, ibu bapa takkan hantar anak pada kita..."

Menerusi perkongsian berbeza, seorang lagi guru tampil menegur agar lebih sabar melayan karenah anak-anak yang masih di fasa 'kuat merengek'. 

Hal ini kerana, menurut guru ini, setiap tenaga pengajar telah mempelajari teknik-teknik yang betul dalam menarik minat dan perhatian murid-murid. Seeloknya kaedah tersebut digunakan dan seharusnya lebih sabar dalam mendalami sikap murid-murid, bukan disuruh balik.

 

@cikguayu_imtecer Reply to @ctrabiatulmokhtar menjawab ya...sy xkondem ya...i just share pendapat#cikguayu #cikguayusempoi ♬ bunyi asal - Cikgu ayu

"Kita tak mahu orang pandang negatif pada kita..."

Tegas menyatakan tidak semua guru bersikap sedemikian, dua individu berpendidikan ini menyatakan bahawa isu tular ini risau boleh menjejaskan imej tenaga pengajar di samping mencipta pandangan negatif masyarakat pada mereka.

Dalam pada itu, mereka juga turut menjelaskan anak-anak yang menangis pada peringkat awal persekolahan adalah normal dan seharusnya dikendalikan situasi tersebut dengan sebaik-baiknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen