Gara2 parking kat selekoh, kereta diconteng kata makian buat netizen puas - "Layak dihukum!"

Oleh: Shasha Zack

Acap kali kita lihat pelbagai masalah yang timbul jika kenderaan yang sesuka hati diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.

Ianya boleh mengakibatkan kemalangan, kesesakan lalu lintas malahan boleh mengundang kemarahan pengguna jalan raya.

"Haa kan dah kena..."

Itulah yang berlaku pada sebuah kenderaan ini, yang nampaknya telah menaikkan kemarahan orang ramai akibat salah meletakkan kereta di tempat sepatutnya.

Dipercayai akibat memarkir kereta di selekoh dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain, kenderaan tersebut telah diconteng dengan kata-kata makian penuh belakang keretanya.

 

@eymantk Aha haha aduihai #bodohlainkalijanganlahir #fyp ♬ original sound - LOCA B

"Thankyou pada yang conteng, anda dihargai..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen malahan berpuas hati dengan 'hukuman' buat kereta tersebut kerana sesuka hati mengganggu jalan raya dengan meletakkan kereta di tempat tak sepatutnya.

Malahan, ramai yang berseloroh bahawa kepada yang menconteng kenderaan tersebut sepatutnya diberikan anugerah atas tindakan berani itu.

"Kejam, tapi bagus biar dia ingat seumur hidup..."

"Yang spray tu amatlah dihargai..."

"Terima kasih pada yang conteng..."

"Korang ni tak fikir perasaan owner ke, kalau aku tak fikir pon..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen