Cuba rasa jadi OKU, Ras Adiba cadang Kak Long 7E guna kerusi roda untuk satu hari

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagai kekal diingatan warganet akan tindakan Kak Long 7E yang seakan mengejek orang kelainan upaya (OKU) sehingga ada beberapa pihak yang membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.

Malah, periuk nasih Kak Long juga dikatakan terjejas berikutan kecaman yang terpaksa ditanggung daripada perbuatannya itu.

Memetik laporan mStar Online, Yang Berhormat Senator Datuk Ras Adiba binti Mohd Radzi  yang mewakili insan kurang upaya (OKU) dalam dewan negara telah mengulas isu tersebut.

“Saya rasa orang sebegitu perlu diberikan sedikit sokongan dan pemahaman kerana mungkin dia tidak berapa faham ataupun kurang sensitif tentang keadaan manusia yang berbeza-beza. Melalui kerja-kerja komuniti itu mungkin dapat memberinya sedikit pemahanam berkaitan OKU.

“Bagi dia satu hari sahaja berada di sepatu kami, memakai kerusi roda, menjadi pekak buta dan bergerak sebegini pasti dia akan memahaminya. Dia pun dah minta maaf, alhamdulillah dan kita seharusnya memberikan lebih pemahaman kepada dirinya.” katanya.

Turut sempat mengulas akan video-video lain yang mempersenda golongan OKU, Ras Adibah menyatakan yang perkara tersebut merupakan sesuatu yang agak menakutkan kerana kita mulai lupa tentang adab.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan yang kifarah itu benar dan bila-bila masa sahaja kita boleh menjadi seorang OKU dan pastinya perkara tersebut sangat ingin dihindari apatah lagi insan yang tergolong dalam kategori itu sendiri.

“Ini sebenarnya adalah sesuatu yang begitu menakutkan kerana kita mula lupa tentang adab. Apa yang harus kita lakukan adalah untuk duduk, bernafas dan lihat keadaan di sekeliling kita dan memerhatikan bahawa ada ramai orang yang mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.”

“Jadi kita tidak boleh ambil mudah kerana setiap daripada kita suatu hari nanti akan menjadi OKU cuma waktu saja akan menentukan,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Kak Long 7E ada memohon maaf akan tindakannya selain mengakui berdepan dengan tekanan memandangkan perniagaan yang dijalankan diboikot orang ramai susulan perkara tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen