Elak pembaziran di bulan Ramadan, ini tips berkesan supaya lauk tahan lama

Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan.

Memandangkan ia merupakan bulan yang terbaik untuk mengawal nafsu, ada baiknya juga kita melatih diri supaya tidak membazir, terutamanya apabila membeli atau memasak juadah berbuka nanti.

Namun, jika kuantiti lauk yang terhidang melebihi sepatutnya, sebaiknya kita simpan untuk dijadikan menu bersahur pula tetapi untuk mengekalkan keselamatan hidangan daripada basi, bolehlah ikut tips ni:

1. Bekukan makanan

Tips pertama ini boleh dikatakan mampu membuatkan lauk kita bertahan lama iaitu simpan di dalam peti sejuk beku.

Apabila hendak dihidangkan, keluarkan beberapa minit awal untuk dinyahbekukan sebelum dipanaskan sementara menunggu masuk waktu berbuka.

Bagi yang sibuk dan kesuntukan waktu, anda dah boleh mula masak dan bekukan lauk tu bagi memudahkan urusan untuk berbuka serta sahur sepanjang 30 hari nanti.

2. Simpan dalam peti bawah

Kalau simpan di peti ais bawah, suhunya tidak sesejuk peti ais atas, malah tiada masalah pun untuk menyimpan di situ.

Cuma, pastikan makanan tersebut ditutup rapi dan jangan biarkan ia terdedah bagi mengekalkan kualiti makanan itu nanti.

3. Asingkan sudu lauk dengan sudu makan

Tips ketiga ni rasanya semua dah sedia maklum. 

Elakkan daripada bercampur sudu untuk makanan dengan ambil lauk kalau ada niat nak simpan.

4. Jangan guna tangan

Seterusnya, diingatkan untuk menjaga kebersihan makanan dengan tidak menggunakan tangan sewaktu mengambil lauk.

5. Asingkan makanan 

Akhir sekali, jika rasa tak yakin dapat habiskan hidangan itu pada waktu berbuka, asingkanlah siap-siap untuk disimpan.

Tapi tak dinafikan selalunya, kita tak mampu berfikir ke arah itu mengenangkan keadaan perut yang sekian lama menahan lapar dari siang.

Semuanya tergantung pada diri sendiri. Apapun jangan lupa mensyukuri setiap nikmat yang diberi dan inilah peluang untuk merebut pahala berganda.

Peganglah kata-kata hikmat bahawa tangan memberi lebih mulia dari tangan yang menerima. Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam khususnya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen