Petua Mudah Kekal Muda.

Muda adalah idaman setiap manusia. Fitrah. Kerana manusia itu memang sukakan kecantikkan. Bahkan dalam syurga pun Allah jadikan penghuninya muda-muda belaka. Jadi, kami kongsikan dengan anda bagaimana untuk kekal muda. Boleh diamalkan bagi yang belum atau sudah pun berkahwin.



1. Sentiasa dalam keadaan berwudu’

Selain fungsi wudu’ adalah untuk menunaikan solat, secara alaminya ia juga dapat membersihkan kotoran yang ada pada anggota badan. Jika diperinci dengan lebih mendalam, anggota badan yang kita ambil wudu’ sangat terdedah dengan persekitaran. Oleh itu, untuk membersihkan debu pada wajah misalnya, air mutlak adalah sangat sesuai untuk membersihkan kotoran tersebut.

2. Senyum

Bak kata orang terengganu, “senyum sokmo.” Senyum dapat memberi aura positif kepada badan. Dengan senyum juga kita dapat hindari dari pelbagai penyakit. Misalnya serangan jantung dan strok.



3. Doa Nabi Yusuf

Mulai hari ini, bolehlah kita hafal dan amalkan setiap hari. Untuk pengetahuan semua, doa ini juga adalah doa pengasih untuk setiap pasangan selain bagi mendapatkan jodoh. Apa lagi. Amalkan selalu. Hehe

 

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِين

(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.” 

[Yusuf: 4]

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen