Tak perlu booster untuk 'dine-in' restoran, masuk pusat beli belah - KJ

Oleh: Shasha Zack

Bagi individu yang menerima vaksin jenis Sinovac dan Sinopharm serta yang berusia 60 tahun namun belum mendapatkan booster, masih dibenarkan untuk makan di restoran dan memasuki pusat beli belah.

Walaupun status vaksinasi penuh sudah tiada pada MySejahtera bermula 1 April, mereka boleh berbuat demikian namun tetap perlu megambil dos penggalak bagi melindungi diri dari Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Sejam diumum Menteri Kesihatan, KJ respons isu video suntikan

"Mereka boleh makan di restoran, masuk tempat keagamaan dan pusat beli belah.."

Menurut sumber The Star, Khairy Jamaluddin turut berkata individu yang belum menerima dos penggalak boleh memasuki mana-mana tempat keagamaan, makan di restoran sekiranya sudah mendapatkan dos primer.

"Bermula 1 April, penerima Sinovac dan Sinopharm yang berumur 18 tahun ke atas termasuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas tidak dikira sebagai penerima vaksin penuh jika tidak mendapatkan suntikan dos penggalak."

"Namun mereka masih boleh makan di restoran, masuk bangunan keagamaan jika sudah mendapatkan dos primer."

"Dos primer merujuk kepada dua dos vaksin..."

Jelas Khairy, dos primer merujuk kepada dua dos vaksin seperti Pfizer, Astrazeneca serta Sinovac dan wajib melepasi tempoh 14 hari dari waktu suntikan diterima.

"Mereka yang menerima satu dos vaksin CanSino juga dianggap telah menerima dos primer selepas tempoh 14 hari suntikan."

Namun begitu, pemilik premis masih wajib menjalankan pemeriksaan atas pelanggan sebelum membenarkan mereka masuk ke dalam premis.

Memadai periksa suhu badan di pintu masuk kompleks beli belah

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen