13 tahun tempuh hidup bersama, suami isteri pilih berpisah demi kebahagiaan masing2 - "Tapi kita tetap kawan."

Oleh: Shasha Zack

Setelah berpuluh tahun hidup bersama dalam suka dan duka, pastinya pelbagai kenangan dan memori telah dilakar bersama. Bertengkar dan bercanggah pendapat itu biasa, nmaun haruslah mencari solusi terbaik demi keharmonian rumah tangga.

Namun begitu, terkadang segala cara telah dilakukan, mungkin perpisahan hanyalah jawapan pada segalanya. Walau perit, namun terpaksa dilakukan juga.

"13 tahun perkenalan kita. Terima kasih menjaga merawat saya selama ni..."

Itulah kisah sedih yang dialami oleh pasangan suami isteri ini, setelah 13 tahun mereka mengenali hati budi masing-masing namun akur tiada jodoh lagi antara mereka...

Difahamkan mula mengenali sejak di bangku sekolah, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata yang berusia 7 dan 3 tahun.

"Semoga kita kuat demi anak-anak..."

Dalam video yang dikongsi @MeLurr di Tiktok, dia akui masing-masing merasa sedih dengan perpisahan ini namun harus diteruskan juga demi kebahagiaan diri sendiri.

Menggigil tangan saat merakam detik perpisahan mereka, wanita ini tetap mendoakan suami bahagia dengan kehidupan selepas ini dan berharap mereka kekal berkawan demi anak-anak.

 

@_melurrrrr 13 Years perkenalan kita bersama berakhir di sini , Terima kasih Mohd Shamezie menjaga merawat saya selama ini . Semoga kita kuat demi anak-2 🥲🤍 #17/3/21 #fyp ♬ original sound - 𝑴𝒆𝑳𝒖𝒓𝒓🕊️

"Jaga solat dan hubungan dengan Allah pasti bahagia..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar mereka boleh merujuk semula hubungan suami isteri yang retak kerana kasihan dan simpati mengenangkan nasib anak-anak yang bakal kehilangan kasih sayang.

Dalam pada itu, para netizen juga berharap agar mereka dapat mempertimbangkan semula keputusan perceraian ini dan diharapkan dapat bersatu semula.

"Kalau boleh rujuk, rujukla kembali..."

"orang cakap cerai ni jalan ke 1001..."

"Tolong getback balik..."

"Sebagai suami isteri, carilah balik spark tu..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen