Setiap pasangan suami isteri pastinya menginginkan zuriat sendiri sebagai tanda penguat kasih sayang antara mereka.
Pun begitu, jika tertulis belum ada rezeki untuk menimang anak sendiri, siapa kita untuk menolak takdir, hanya doa mampu dipohon selain jangan pernah mengalah untuk mencuba dan berusaha lagi.
"Dah hampir 5 tahun kahwin, belum ada rezeki zuriat..."
Berbeza dengan pasangan ini, yang mencari kebahagiaan tersendiri dengan mengasuh anak rakan suami dan menjaganya bagaikan zuriat sendiri.
Menerusi video yang dimuat naik, difahamkan @QueenofMiza dan suami telah 5 tahun melayari bahtera rumahtangga bersama, namun belum dikurniakan rezeki cahaya mata.
"Tumpang kasih sayang zuriat orang, sayang macam anak sendiri..."
Menerusi video, suami wanita ini pada awalnya mencadangkan untuk dia menjaga anak kepada pegawainya. Bagai bulan jatuh ke riba, wanita ini dan suaminya menjaga anak asuhan tersebut bagai menatang minyak yang penuh dan kehidupan mereka tambah berseri selepas itu.
Dalam pada itu, wanita ini tetap berdoa pada Tuhan agar diberikan cahaya mata sendiri suatu hari nanti.
@queenofmyza_tcl insyaallah suatu hari nanty Aamin ya rabbal alamin๐คฒ#perjuanggarisdua #menantizuriatdariallah #bismillahfyp #thecrocslegacy๐ #warkahcintatentera #armywife โฌ original sound - ๐ฟ๐พ๐๐ ๐ป๐ถ๐๐๐ถ๐ฝ - Tik Toker
"Saya harap awak dikurniakan zuriat..."
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat perkongsian wanita ini yang tetap bahagia dan menyayangi anak-anak asuhan bagai anak sendiri.
Malahan, ramai yang mendoakan agar wanita ini segera dikurniakan cahaya mata seperti yang diimpikan...
Tinggalkan Komen