Orang pertama sampai dari Singapura, 2 tahun tak jumpa, isteri sebak akhirnya bertemu suami

Oleh: Shasha Zack

Bagaikan anugerah sempena menjelang Ramadhan, akhirnya sempadan negara kini telah dibuka, membawa ratusan rakyat Malaysia yang pulang ke negara setelah bertahun-tahun tersangkut di Singapura.

Susulan itu, ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke pangkuan keluarga setelah bertahun-tahun menanggung rindu akibat terpaksa berjauhan dan akhirnya tahun ini mereka bersatu semula...

"Orang pertama sampai JB dari Singapore..."

Tidak terkecuali seorang isteri ini, yang sebak melihat kepulangan suami tersayang selepas 2 tahun terpaksa berjauhan demi kerjaya.

Dengan hanya berbasikal pulang ke Malaysia, suami wanita ini selamat tiba di Johor Bahru pada pagi tadi, menjadi orang pertama yang tiba di sempadan Johor bahru-Singapura.

 

@nblhkhms Welcome backk 🎉🎉 #sg-jb #penantian ♬ PENANTIAN ARMADA - sadvibes🥀

"Setelah 745 hari berjauhan, dapat bertemu juga harini..."

Menerusi video yang dimuat naik @Nblh Khms di Tiktok, netizen turut sebak dan terharu melihat kepulangan suaminya yang telah berjauhan selama 745 hari gara-gara sempadan yang masih belum dibuka sebelum ini.

Akhirnya bersua, pastinya Ramadhan dan Syawal kali ini bakal disambut bersama..

 

@nblhkhms Reply to @ilaamani ♬ original sound - Nblh Khms

Ramai yang teruja, berlari merentasi sempadan buat netizen sebak

 

@nblhkhms Reply to @fely.sha ♬ Dalamo Dalamo - DJ Opus

"Alhamdulillah dapat berkumpul dengan family..."

Menjengah ke ruangan komen, netizen meluahkan rasa sayu dan turut bersyukur melihat perkongsian video wanita ini yang menunjukkan ramai rakyat Malaysia yang akhirnya boleh pulang ke Malaysia.

Dalam pada itu, para netizen juga turut berkongsi kegembiraan melihat kepulangan suami wanita ini yang akhirnya bersatu setelah terpisah lama.

"Dia yang balik aku yang sayu..."

"Waiting for my husband.."

"Rasa sebak macam umum boleh rentas negeri masa last pkp3 haritu."

"Welcome back, teruja sangat aku..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen