Apa Perasaan Gadis Single Apabila Semua Sahabat Baiknya Sudah Berkahwin? Tips Untuk Yang Masih Single.

“Stress nya aku, semua bff aku dah kahwin, sekarang ni semua benda aku nak kena buat sendiri, keluar sorang-sorang, makan sorang-sorang, tengok wayang pun sorang-sorang” keluh si gadis.

Trend zaman sekarang, tidak kira lelaki atau wanita yang jalan keseorangan tidak asing lagi bagi masyarakat. Tidak kira jua apa jenis aktiviti yang dilakukan, sering kita lihat sang jejaka berjalan kaki keseorangan sambil mendengar lagu di ipod mereka. Kelihatan si gadis comel makan berseorangan di café hipster. Namun, kita sebagai manusia biasa tidak mampu untuk menilik hati dan perasaan orang yang selalu keseorangan ini.

SUNYI BUKAN BERMAKSUD SEPI...

Rakan berkahwin di usia yang awal juga adalah salah satu sebab mengapa gadis single terasa sunyi. Sunyi di sini bukan bermaksud sepi, tetapi keseorangan tanpa teman untuk berbual, bergossip dan teman tidur. Ramai yang salah anggap, mereka yang keseorangan dan masih single adalah seorang yang sepi dan tidak mahu berkahwin. Anggapan masyarakat melayu begini sering menyebabkan si gadis berasa bersalah sehinggakan tidak mahu bersemuka dengan orang ramai adalah jalan yang terbaik.



Apabila telah di war-war kan pada orang ramai yang si gadis ini masih single, maka ramai pula jiran tetangga dan saudara mara yang risau dengan statusnya. Tertanya-tanya orang ramai dan banyak pula persoalan yang timbul.

 “Mengapa belum berkahwin lagi?”

“Tak ingin untuk berumah tangga ke?”

“Tak ingin untuk mencari calon ke?”

Perasaan yang dialami oleh wanita bujang adalah... 

1. Menjadi terlalu paranoid.

Nasihat: Jangan terlalu paranoid. Kita hidup di masyarakat melayu di mana semua orang ingin mengambil tahu tentang anda. Anggap sahaja untuk beramah mesra dan senyum itu penting.

2. Menjadi terlalu marah dengan orang sekeliling.

Nasihat: Jika dengan orang ramai pun kita tidak mampu untuk menepis perasaan marah, bagaimana untuk berhadapan apabila anda telah berkeluarga nanti? Ada sebab mengapa anda masih single kerana Allah swt itu Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati anda.

3. Menjadi seorang yang negatif.

Nasihat: Cubalah menjadi seorang yang positif dan berlapang dada. Positif di sini, bukan untuk menghiraukan segala yang negatif dan mengelak daripada berjumpa dengan orang ramai. Kadang kala negatif ini adalah pengalaman dan pelajaran yang terbaik untuk kita. Berbalik kepada asas. Ini semua Ujian daripada Allah swt. Yang penting jangan luahkan perasaan marah anda secara terbuka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen