Pertama kali dengar! Gadis alami sindrome 'Sleeping Beauty', mampu tidur jangka lama

Seorang gadis dari Kalimantan Selatan pernah menjadi sebutan seantero dunia selepas mendapati dia mampu tidur untuk jangka waktu yang sangat lama.

Disebabkan perkara itu, siapa sangka dirinya digelar 'Sleeping Beauty' kerana penyakit cepat mengantuk yang dialami olehnya.

Mampu tidur hingga 13 hari?

Mengimbau semula peristiwanya, dia bernama Echa yang ketika itu berusia 17 tahun dikhabarkan telah tidur selama 13 hari berturut-turut hingga kedua ibu bapanya luah bimbang.

Meskipun telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,  doktor juga tidak dapat mengesan sebarang penyakit merbahaya menjangkiti remaja itu.

Jarang berlaku

Walaubagaimanapun, tiada sesiapa tahu akan masalah dihidapi Echa yang mempunyai jangka waktu tidur sangat panjang berbanding orang lain.

Akan tetapi berdasarkan simptom ada menunjukkan bahawa remaja itu mengalami hipersomnia yang mana keadaan neurologi sangat jarang berlaku yang mana ia menyebabkan penghidap rasa mengantuk berlebihan di siang hari.

Penyakit tiada penawar

Menurut sumber lagi, Hipersomnia datang dalam pelbagai bentuk dan mungkin mempunyai banyak punca daripada kerosakan saraf, faktor genetik dan trauma fizikal juga emosi.

Lebih tragis, sehingga kini penyakit tersebut tidak ditemui penawarnya.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen