Setahun mengadu ikan kesayangan hilang, pemuda tahan malu lihat jasad melekat di meja

Oleh: Zuzu Yasmine

Kasih sayang itu buka wujud antara manusia sahaja namun ia juga boleh ada dengan seekor haiwan peliharaan.

Kalau selalunya kita lihat orang menangis disebabkan kematian kucing atu anjing peliharaan namun, lain pula dengan pemuda ini yang mencari kehilangan ikan kesayangannya.

Setahun cari kehilangan ikan kesayangan.

Itulah yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Kamadotanripit apabila memaparkan momen rakannya yang menemui jasad ikan kesayangannya.

Menurut Kamadotanripit, rakannya itu pernah mengadu akan kehilangan ikan tersebut malah sudah setahun mencari jejak akan kehilangannya. Bagaimanapun siapa sangka akhirnya ditemui dalam keadaan sedemikian.

@kamadotanripit Mengdu ikan hilang rupanya meleset dekat meja 😂#fyp ♬ Cinta Sampai Mati - Raffa Affar

Dalam video tersebut, dapat dilihat jasad ikan tersebut melekat di tepi meja malah pemilik haiwan tersebut terlihat seperti sedih namun pada masa yang sama menahan malu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat momen tersebut. Malah mereka juga berseloroh bahawa telah ramai menjadi mangsa tuduhan kehilangan ikan berkenaan.

Mesti ramai jadi mangsa tuduhan

Jadi ikan kering dah

Letak dalam air mana tahu hidup

Ada pengalaman sama

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen