Tak Tahu Cara Mudah Untuk Mengeratkan Hubungan Bersama Pasangan, Ikuti Enam Cara Mudah Meningkatkan Keakraban Dalam Hubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan sudah pasti memiliki masa-masa yang sukar. Di mana pada satu ketika timbul tidak sefahaman ataupun merasa pasangan sudah semakin jauh. Pelbagai langkah telah dilakukan untuk menambat hatinya semula. Namun jika anda benar-benar mencintainya, anda tidak akan melihat perkara ini sebagai satu yang terbeban. Jadi sebelum hubungan anda menjadi hambar, ikuti langkah mudah ini agar hubungan anda semakin akrab.



1. Kerap bertengkar.

Setiap individu selalunya akan mempunyai hujan yang tersendiri jika terlibat dalam pertengkaran. Buat pasangan kekasih, hujan dalam pertengkaran akan membantu pasangan ini lebih mendekati antara satu sama lain. Dua orang yang berhujah selalunya akan cuba mencari penyelesaian dalam pergaduhan untuk mencapai kata sepakat.

2. Berkongsi hobi.

Agar perhubungan lebih erat, setiap pasangan yang bercinta perlulah berkongsi hobi mereka. Jika pasangan anda gemar mendaki bukit, sebagai kekasihnya anda perlulah mengikuti dan menyokong hobinya itu. Begitu juga sebaliknya, saling bertukar-tukar hobi dan mendukung hobi antara satu sama lain akan membuatkan perhubungan anda dan pasangan bertambah erat.

3. Menjadi diri sendiri.

Berhenti berkelakuan pura-pura di hadapan si dia. Jangan lagi berselindung di sebalik topeng. Cuba anda tunjukkan sahaja diri anda yang sebenar agar si dia juga begitu. Tingkah laku tanpa kepura-puraan adalah lebih mudah membuat seseorang itu merasa lebih selesa.



4. Berkongsi kehidupan sosial.

Sebagai pasangan kekasih, apa kata anda cuba memperkenalkan pasangan anda kepada sahabat-sahabat dan ahli keluarga anda. Dengan mengenali kenalan dan sedikit latar belakang anda pasti membuatkan anda dan pasangan lebih memahami.

5. Berkongsi matlamat dan impian terbesar.

Setiap pasangan sudah pasti mempunyai impian dan matlamat dalam hidup. Apa kata anda kongsi impian anda bersamanya untuk beberapa tahun akan datang. Sudah pasti si dia gembira jika dia juga termasuk dalam matlamat dan impian terbesar anda.

6. Berkongsi tanggungjawab.

Dalam penambah eratnya sebuah hubungan, berkongsi tanggung jawab adalah satu perkara yang penting. Dari sini jugalah anda boleh lihat adakah pasangan anda sedia memikul tanggungjawab. Jadi tidak salah jika anda membebankan sedikit pasangan anda dengan tanggungjawab yang anda ada.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen