Sikap Isteri Yang Tenang Bukan Pening.

Berikut disenaraikan beberapa ciri isteri penyejuk hati. Kesian suami penat mencari rezeki, balik-balik rumah kena berleter. Bertambah sakit kepala sang suami. Kalau nak jadi isteri solehah, amalkan ini.



1. Bertakwa kepada Allah.

Sudah semestinya untuk menjadi isteri yang baik, perlu bertakwa kepada Allah dahulu. baru hal-hal lain akan menjadi mudah.

2. Mentaati suami.

Jika anda inginkan juga kehendak anda ditunaikan. Pujuk Elok-elok. InsyaAllah dengan cara ini, berkesan.

3. Menghiasi diri untuk suami.

Haish! Setiap masa berkelawar dalam rumah. Bila keluar pandai pula cantik-cantik. Jadi, selepas ini cantikkan diri anda dihadapan suami. 

4. Sambut kepulangan suami ketika suami pulang dari kerja.

Suami mana tak happy kalau isteri dia layan macam raja. Sampai-sampai rumah, air kegemaran sudah pun tersedia. Memang Syok!

5. Bersedia menerima teguran suami.

Siapa pun pasti ada kekurangan. Terima dan diam ketika suami bercakap. Jika mahu betulkan keadaan, ambil masa dan bercakap dengan nada sopan di hadapan suami.

6. Menasihati suami dengan cara berhikmah.

Fikirkan dulu ayat yang sesuai untuk disampaikan kepada suami dan nyatakan hal tersebut dalam keadaan baik. 

7. Sahut panggilan suami apabila dipanggil.

Jawab saja, "Ya abang sayang." hehe



8. Melayani suami dengan baik.

Hormati dia, mudah-mudahan dia juga akan menghormati anda.

9. Mencintai dan mengasihi suami.

Sayangilah suami anda seperti mana dia mengahwini anda sewaktu berkahwin dahulu.

10. Menjaga kehormatan diri dan harta suami.

Batasilah pergaulan anda dengan lelaki lain serta jaga harta sang suami sebaik mungkin.

11. Menjaga rahsia rumah tangga.

Aib suami tak perlu diberitahu kepada orang lain melainkan pada waktu-waktu yang mendesak misalnya untuk menyelamatkan rumah tangga.

12. Melaksanakan kewajipan seorang isteri dan ibu kepada anak-anak.

Jadilah isteri yang dapat menenangkan hati suami serta menjadi tauladan kepada anak-anak.

13. Memohon keizinan suami apabila ingin keluar rumah.

Hormati suami sebagai seorang suami. Mintalah keizinan suami ketika ingin keluar.

14. Hindar daripada membawa masuk orang yang suami tidak sukai ke dalam rumah.

Mungkin ada sebab mengapa mereka tidak benarkan. Ikuti dan taat kepada suami.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen