Nampak Mudah Untuk Memahami Hati Seorang Wanita Tapi Sebenarnya Rumit, Apa Sebenarnya Wanita Mahukan Dari Lelaki Yang Dikasihinya?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah pasti menjadi pertanyaan setiap lelaki yang ingin mengambil hati wanita idamannya. Namun, setiap persoalan tersebut tidak dapat dileraikan apabila ditanya kepada wanita terbabit. Hal ini kerana, setiap wanita tidak pasti dengan apa yang diingininya. Namun lima perkara ini sudah pasti akan menjadi kemahuan setiap seorang wanita dari lelaki yang mereka sayangi.


1. Masa untuk bersama.

Seorang wanita mahupun isteri hanya mahu anda mempunyai masa terluang untuknya. Agar dia dapat merasai dihargai dan diperhatikan. Jika anda terlalu sibuk dengan kerja dan rakan-rakan anda. Isteri anda akan merasa terabai. Jadi akan ada sedikit gangguan pada hubungan anda. Maka ambil sedikit masa dan luangkan bersama isteri anda. Membawanya bersiar-siar ataupun menemaninya ketika di rumah.

2. Telinga untuk mendengar luahan.

Menjadi tempat luahan seorang wanita bukannya mudah. Banyak perkara yang sentiasa tidak kena di mata dan di hatinya. Namun, dengan hanya meluahkan segala yang tersimpan di hati barulah mereka ini akan berpuas hati. Jadi, sebagai seorang lelaki dengar saja luahan dan curahan hatinya agar si dia merasakan anda sentiasa bersama dan menyokongnya.

3. Hati yang setia.

Memiliki seorang lelaki yang setia dengan pasangannya adalah satu perkara yang amat diimpikan setiap wanita. Setiap tingkah laku si lelaki menunjukkan hanya seorang wanita yang ada di hatinya. Tiada bermain mata dengan wanita lain, sentiasa jujur dengan apa yang berlaku dengannya. Itulah yang akan membuat seorang wanita itu akan terus bersama anda.

4. Kelakian untuk mempertahankannya.

Dalam perhubungan sudah pasti ada dugaan yang mendatang. Sama ada si dia mahupun anda yang menjadi mangsanya. Namun, sebagai seorang lelaki anda perlulah mempertahankan apa sahaja yang menjadi kecaman padanya. Jangan membiarkan dirinya menanggung seorang diri. Sama-sama menyelesaikan masalah agar perhubungan kalian kembali sedia kala.

5. Mulut untuk berbual mesra.

Sudah menjadi kebiasaannya wanita ini memang banyak celoteh. Jadi sebagai seorang lelaki, anda layan sahaja celoteh yang telah sedia ada pada pasangan anda. Janganlah anda mengabaikan setiap celoteh dan kata-kata yang keluar dari mulutnya. Pasti akan berkecil hati jika anda tidak melayannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen