Masih Ramai Lagi Wanita Tidak Mengenal Barang Make Up? Tips Kelihatan Cantik Untuk Bakal Suami. Jom Baca!

“Orang kata, kalau nak tengok perempuan tu cantik, kena tengok mak nya dulu, betul ke?”


Sentap juga si gadis itu mendengar telahan bakal suaminya. Mana kan tidak, dia hanya la seorang gadis biasa sederhana yang tidak pandai berhias. Sering mengenakan baju kurung, dengan tudung labuh seperti makcik-makcik walhal berusia baru awal 20-an.



Cantik adalah subjektif dan ia adalah bergantung pada pendirian si gadis. Jika si gadis sudah terlalu selesa dengan personalitinya dan pemakaiannya, mungkin dia tidak sedar keterampilannya kelihatan agak suram kerana terlalu pucat dan pudar. Jangan di anggap yang bakal suami anda tidak kisah dengan keterampilan bersahaja anda. Mereka juga ingin melihat anda memakai gincu, eye shadow, maskara, blusher, muka sentiasa lembab dan segar.

Dengan kemudahan teknologi terkini, tidak salah menonton video untuk mengenali barang make up. Ia adalah keperluan asas untuk setiap wanita sentiasa tampil cantik untuk bakal suaminya nanti. Terlalu banyak kandungan tentang ‘basic make up’ yang kita boleh dapatkan di facebook mahupun di youtube. Jika rajin, sentiasa menonton ‘Make Up Artist Profesional’ melakukan tutorial cara untuk menggunakan barang make up.


Tidak perlu sehingga ‘Heavy Make Up’ seperti di hari persandingan anda, di pendekkan cerita bagaikan mahu mengecat dinding tebalnya.  Sudah cukup jika anda boleh menjaga muka anda atau dipanggil ‘Skin Care Routine’.

1. Basuh muka usai bangun dari tidur, selepas itu boleh letak ‘toner’ dan pelembab muka.
2. Dengan cuaca yang tidak menentu, cahaya matahari akan menyebabkan kulit muka kusam, berminyak dan kering. Jadi, jangan lupa untuk letak bb cream yang sesuai dengan kulit muka anda, khuatir belum menjangkau umur 50, muka anda sudah berkedut.
3. Sekurang-kurangnya calit sedikit bedak atau dikenali sebagai compact powder, supaya tidak kelihatan kusam.
4. Tidak salah juga untuk mengenakan gincu sebagai blusher atau eyeshadow yang penting jangan sampai kelihatan sangat pelik, cukup untuk anda menjadi yakin. Kini anda tidak perlu risau dan pelik kerana taktik ini untuk anda menjadi seorang yang kreatif malah boleh berjimat.
5. Sebelum tidur pun anda harus membasuh muka, menggunakan toner dan pelembab.

Jangan melengahkan masa dengan menganggap anda masih muda dan cantik secara semula jadi, maka tidak perlu untuk menjaga muka. Sebagai hamba Allah swt yang hanya dipinjam jasad kepada kita, maka adalah amanah untuk kita menjaga dan menjadi cantik untuk bakal suami!

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen