Perkara Sweet Yang Pernah Rasulullah Lakukan Terhadap Isteri Baginda. Para Suami Boleh Ikuti.

Pernah dengar cerita Nabi Muhammad s.a.w kalah perlumbaan larian bersama Aisyah r.a? Memang Aisyah pantas berlari ke macam mana? Sebagaimana yang diketahui, Nabi Muhammad sengaja melambatkan lariannya supaya memberi peluang kepada aisyah untuk menang dalam perlumbaan tersebut. Sweet betul kehidupan mereka ya. Apa lagi perkara sweet yang pernah Rasulullah lakukan? Moh baca!



1. Panggilan manja.


‘Ya Humaira’ (wahai si merah jambu) adalah gelaran kepada Aisyah. Kalau kita hari ni panggil Honey, Sayang, Hubby dan pelbagai lagi gelaran yang baik-baik. Jadi, tak salah pun panggilan sebegini. Teruskan.

2. Sepinggan, secawan.

Pernah makan suami isteri sepinggan? Minum secawan? Bagus. Rasulullah bahkan pernah makan daging yang digigit oleh Aisyah.

3. Memujuk isterinya.

Suatu ketika Safiyah tertinggal rombongan disebabkan untanya berjalan lambat, maka safiyah pun menangis. Apa yang Rasulullah lakukan adalah, datang dan menghiburkan sehingga isterinya diam. Lalu Rasulullah mengusap air mata isterinya yang mengalir.

4. Mengumumkan cinta terhadap isteri.

Dihadapan orang ramai, Rasulullah pernah berkata kepada Khadijah, “aku sungguh telah mendapatkan cintanya.” Inilah pick up line Rasulullah kepada Khadijah. Isteri membaca ni pernah dapat pick up line dari suami depan orang ramai? Beruntunglah. Senyum sorang dia ya..

5. Membantu kerja rumah.

Apa sahaja yang dilakukan oleh isteri bagainda, baginda pasti akan membantu. Jadi, suami-suami yang baca artikel, lepas ni bolehlah tolong isteri ya. Kesian dia. Penat jaga anak, mandi anak, basuh baju, sidai baju, lipat baju, sapu sampah, mop lantai, lap tingkap, masak untuk sarapan, tengah hari dan malam. Huh. Ada lagi. Tapi, kalau list nanti penat pula nak membaca. Hehehe Apapun, jika sang suami hulurkan bantuan, isteri sangat menghargai anda.



Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah bersabda: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian ialah yang paling baik terhadap isterinya.”

(HR.Tarmizi, Ibnu Hibban)



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen