Cabaran Mencintai Wanita Berkerjaya, Betul ke Mereka Ini Sukar Dikawal?

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam masyarakat kita pada masa kini, wanita berkerjaya adalah antara individu yang membantu meningkatkan taraf ekonomi pada masa ini. Rata-rata mereka ini mampu berdiri dengan sendiri tanpa dibantu seorang lelaki di belakangnya. Namun, kebanyakannya akan mula memilih dan mencari pasangan hidup apabila tiba masa yang tepat. Tetapi mereka ini dikatakan agak sukar dikawal, betul ke? Ataupun mereka ini sudah terlalu biasa dengan kehidupannya.



Wanita berkerjaya ini dikatakan lebih bersifat berdikari. Hal ini kerana, setiap apa yang mereka lakukan adalah bergantung pada titik permulaan dari dalam diri tanpa ada sokongan dari pasangan. Selain itu juga, mereka ini sentiasa bertanggungjawab dalam menyelesaikan segala masalah yang mereka hadapi secara bersendirian. Jadi, buat lelaki yang mempunyai pasangan sebegini, anda perlulah menunjukkan bahawa diri anda itu adalah sangat diperlukan di sisinya. Di samping menyokong kerjaya yang telah dibinanya.

Mereka ini juga mempunyai ego yang tersendiri tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Ego mereka ini sukar untuk dibentuk kerana mereka beranggapan mereka mahir dalam segala hal. Di samping itu, mereka percaya walaupun mereka ditinggalkan mereka masih mampu berjuang untuk hidup mereka. Mereka ini juga sukar untuk merendahkan ego mereka ketika menghadapi perbalahan dan berharap pasangannya akan beralah untuknya. Jadi, sebagai seorang lelaki yang mencintai dirinya, anda perlulah sentiasa beralah terhadapnya dan memahami tahap egonya itu.



Di samping itu juga, mereka ini mempunyai kestabilan dari segi kewangan dan kerjaya. Maka mereka lebih mudah untuk merendah-rendahkan orang lain. Terutama jika pasangannya tidak berada di tahap yang sama. Maka, buat lelaki yang ingin miliki wanita seperti ini, anda perlulah lebih bersifat sabar dan sedikit mengalah dengan segala tindak tanduknya.

Namun, tidak semua wanita berkerjaya begitu. Ada sahaja yang masih mampu merendahkan ego mereka demi orang yang mereka cintai. Selain itu juga, mereka juga rela berkongsi kewangan dan kejayaan mereka bersama orang yang tersayang. Semua bergantung pada anda cara untuk mengendalikan pasangan anda jika si dia adalah wanita yang berkerjaya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen