Sebab tak ada lesen niaga, wanita nangis kutip barang jualan dibuang pihak berkuasa?

Disebabkan tiada lesen niaga, perniagaan sepasang suami isteri di hadapan rumahnya diganggu oleh pihak berkuasa.

 

Nangis kutip makanan atas jalan

Sepertimana yang dikongsikan oleh kaki_panas di Tiktok, kelihatan barang niaga mereka berterabur di atas jalan.

 

@kaki_panas salah memang salah tapi atas dasar kemanusiaan dibulan ramadhan,pikirpikirkanlah#RancakRaya #foryoupageofficiall #fyp #viral #xybca #esekeli #mbs ♬ original sound - poyork_69ricky

 

Sambil membersihkan makanan yang jatuh, kedengaran suara wanita di dalam video menangis teresak-esak mengenangkan nasib diri pada hari itu, bukan sahaja bakal diambil tindakan. malah turut mengalami kerugian kerana semua jualannya tidak dapat diselamatkan.

Mengamuk tapak niaga 'diganggu' pihak berkuasa

Menurut pemilik akaun, video tersebut diperoleh dari 'group' Whatsapp yang mana kejadian itu dipercayai berlaku di Johol, Kuala Pilah.

 

@kaki_panas Reply to @johndo3555 ♬ 봄여름가을겨울 (Still Life) - BIGBANG

 

Niaga depan rumah je

Sementara itu, dalam perkongsian lain pula menyaksikan detik kekecohan berlaku, bilamana suami kepada wanita berkenaan mengamuk selepas mendapati bakal berdepan tindakan, walhal hanya berniaga di hadapan rumah.

 

@kaki_panas Reply to @merceeles ♬ original sound - poyork_69ricky

 

 "Sepatutnya diberi peluang"

Ramai beranggapan bahawa tindakan pihak berkuasa itu tidak wajar kerana sudah melampaui batas.

 

"Tiba masa tunjuk power"

"Bukan niaga sepanjang bulan"

"Rasanya suami dia jatuhkan..."

Pun begitu, ada yang memaklumkan bahawa tindakan membuang makanan ke jalan itu bukanlah dilakukan oleh pihak berkuasa tetapi peniaga lelaki itu gara-gara berang diterjah sebegitu.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang laporan atau makluman dikeluarkan oleh mana-mana pihak bagi memperjelaskan video yang tular itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen