Kesal perkerja tak hormat privasi pelanggan, Burger King bakal ambil tindakan

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan tindakan seorang pekerja Buger King Malaysia memuat naik video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tiga pelanggan wanita sedang makan di dalam restoran, pihak pengurusan mengambil tindakan berhubung isu itu.

Perkara tersebut diumumkan di laman Facebook rasmi milik Buger King Malaysia yang meluahkan rasa kesal akan tindakan dilakukan pekerja berkenaan dalam kejadian yang berlaku pada Rabu lalu.

“Dengan kesal kami mengesahkan bahawa ia dimuat naik oleh pekerja Burger King Malaysia. Bagaimanapun, kami tidak menyokong perbuatan seperti itu dan tindakan akan diambil.

“Di Burger King Malaysia, kami sangat menghormati privasi pelanggan dan akan mengambil tindakan selanjutnya supaya perkara sama tidak berulang pada masa depan,” katanya.

Terdahulu, video dimuat naik oleh perkerja berkenaa di platform TikTok menjadi kecoh di laman Twittter kerana disifatkan melanggar privasi pelanggan.

Bahkan, warganet turut berpendapat bahawa pelanggan berkenaan berkemungkinan sedang uzur, hamil atau kurang sihat membuatkan mereka tidak menjalani ibadah puasa.

Dalam pada itu, pekerja restoran makanan segera berkenaan telah membuat pemohonan maaf dan mengambil pengajaran dari apa yang berlaku.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen