Ingatkan sekejap je, gadis 'double park' kereta polis gelabah nampak anggota tunggu

Tindakan individu yang gemar melakukan 'double park' di tempat letak kenderaan bukanlah lagi asing dalam kalangan masyarakat kita.

Kita faham bahawa ia berlaku tidak lain pastinya kerana kapasiti ruang letak kenderaan yang kecil membuatkan mereka terpaksa berbuat demikian.

Namun begitu, diingatkan kepada setiap pemilik kenderaan yang buat 'double park' untuk memastikan gear kereta berada dalam keadaan 'free' (N) selain tidak menarik brek tangan.

Gadis panik 'double park' kereta polis

Ianya bagi memudahkan pemilik kenderaan yang dihalang mengalihkan kereta sekaligus dapat mengelakkan berlakunya kejadian seperti yang menimpa gadis ini.

 

@yui_ahmad

Jangan tnya record guna phone ke selipar..berlari pakai heels tau

♬ Funny Song - Cavendish Music

 

Berlari nampak anggota tunggu

Dia yang berani membuat 'double park' terhadap sejumlah 5 buah kereta polis menggelupur lari ingin menyelamatkan keretanya.

Dalam kekalutan itu, kelihatan seorang anggota beruniform sedang memeluk tubuh menunggu kehadirannya mengalihkan kenderaan yang menghalang perjalanan mereka.

Walau bagaimanapun, dia tidak dikenakan sebarang tindakan sebaliknya anggota terbabit sempat menegurnya agar tidak berlari kerana bimbang jatuh, tambahan pula ketika kejadian dia memakai kasut tumit tinggi.

"Lain macam dia punya berani"

Manakala, warganet pula tidak menyangka akan tahap keberanian gadis itu. Rata-ratanya tidak pernah terfikir untuk buat seperti yaang dilakukannya.

"Saya pun tak berani"

"Kereta orang awam boleh terima lagi"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen