Baru-baru ini, tular di media sosial akan luahan seorang ibu yang kecewa apabila anaknya yang bermula bersekolah dua hari telah ‘direject’ gara-gara terkencing di dalam seluar.
Susulan dari itu, seorang pengguna cikgu tadika meluahkan pendapat peribadinya terhadap isu berkenaan.
Cikgu tadika tegur ibu bapa.
Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok, Cikgu Ayu menyarankan agar guru tersebut membuat pemerhatian dalam tempoh dua minggu sebelum membuat keputusan.
Bukan itu sahaja, dia juga berpendapat bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan penting mengenai isu ini malah perlu memastikan anak berusia 4 tahun keatas sepatutnya sudah pandai mengurus diri sendiri.
Speech delay, kenapa? Main phone. Padan muka. pic.twitter.com/Vp9gG2vvHn
— B bie (bibie) (@twtbiy) April 21, 2022
Cikgu Ayu juga menegaskan bahawa tadika bukan tempat mendidik anak untuk ke tandas sebaliknya menguasi 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.
Dalam pada itu, dia juga berharap agar ibu bapa peka akan perkembangan anak-anak dan tidak hanya memberikan telefon bimbit selanjutnya akan menyalahkan para pendidik.
Cakap macam ni baru orang kesah
Meskipun video ini telah dipadam di platform TikTok namun seorang pengguna Twitter memuatnaiknya kembali dan mendapat pelbagai reaksi warganet yang bersetuju akan teguran cikgu berkenaan.
Pendidikan bermula dari rumah
Namun, ada juga yang menegur cara cikgu tersebut memberi nasihat.
Tinggalkan Komen