Bagaimana Cara Seorang Lelaki Menguji Tahap Cinta Seorang Wanita? Terdapat Empat Cara Untuk Mengetahuinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam pencarian suri hatinya, seorang lelaki akan melakukan apa sahaja untuk mendapat bukti bahawa kekasihnya itu setia. Walaupun beribu kali kesetiaan tersebut telah diucapkan namun ia tidak mencukupi bagi hati si lelaki. Setiap wanita yang menjalinkan hubungan dengannya pasti akan diuji sehingga hatinya percaya bahawa wanita itu lah bakal bertakhta di hatinya nanti.



Tapi bagaimana seorang wanita hendak mengetahui jika dia sedang diuji oleh lelaki? Dan bagaimana lelaki itu menguji seorang wanita? Terdapat beberapa ciri yang wanita boleh tahu adakah dia sedang diuji oleh lelaki yang dicintainya.

Sudah menjadi kebiasaan kaum lelaki ini untuk mengetahui adakah anda seorang materialistik atau tidak. Hal ini kerana, jika dia sedang mengalami kesusahan satu hari nanti, adakah anda masih di sisinya ataupun tidak. Bagaimana untuk mengetahuinya? Jika tiba-tiba dia membawa anda menikmati satu hidangan yang murah mahupun memberi hadiah yang murah. Maka dia sedang menguji tahap materialistik anda di matanya.



Di samping itu, dia juga pasti akan menguji tahap cemburu anda terhadap wanita lain. Sudah pastilah dia ingin mengetahui adakah anda ini seorang cemburu buta ataupun tidak. Jika dia tiba-tiba memperkenalkan bekas kekasihnya terhadap anda mahupun menelefon wanita lain di hadapan anda, si dia pasti sedang melihat reaksi anda ketika itu. Jika anda masih tenang dan tidak melenting. Pasti anda berjaya mendapat tempat di hatinya.

Selain itu juga, si dia akan tiba-tiba bertanya khabar mengenai bekas kekasih anda. Secara tiba-tiba! Haa, jangan terkejut pula, perkara itu tidak mustahil. Jika anda masih mengetahui tentang keadaan bekas kekasih anda, hal ini bermakna anda masih belum move on dari kisah lalu. Apa yang anda harus lalukan adalah, katakan sahaja tidak tahu dan tidak ambil tahu. Jalan yang lebih mudah dan selamat bukan.

Dan yang terakhir adalah, si dia akan menguji tahap kesetiaan anda. Jika anda seorang yang kaki melayan, sudah pasti anda akan ditolaknya. Tapi apa yang akan dilakukan untuk menguji kesetiaan anda? Mungkin si dia akan menyuruh rakannya untuk menggoda anda. Jika anda termakan dengan kata-kata rakannya dan melayaninya maka anda akan kelihatan tidak setia di situ. Cara yang lebih mudah anda kerap bertanya kepada si dia jika seseorang tidak dikenali cuba untuk rapat dengan anda.

Ini adalah antara perkara lelaki akan lakukan untuk mendapat kesetiaan dan kejujuran seorang wanita yang dicintai. Namun terdapat pelbagai lagi cara dan langkah untuk seorang lelaki menguji kekasih hatinya itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen