Tersuka Tanpa Sengaja, Seronoknya Apabila Cinta Tidak Bertepuk Sebelah Tangan!

Mengapa penting untuk kita tidak bertepuk sebelah tangan?  Andai kata kita boleh memaksa insan yang tidak menyintai kita untuk menerima cinta kita, adakah mereka ikhlas? Mengapa kita selalu dipersoalkan dengan soalan “Aku tak suka kau, kenapa kau nak paksa aku suka kau juga?” Adakah cinta boleh dipaksa? Atau adakah cinta boleh datang tanpa sengaja?



Bagaimana hendak tahu insan tersebut menerima cinta kita dan kita juga mengalami perkara yang sama?

1. Tanpa kita sedar, kita sering memikirkan hal si dia. Aktiviti si dia. Sering berbalas mesej, dan secara tidak sengaja kita lebih suka berbual untuk mendengar suara berbanding membalas mesej. Jika sebelum ini, anda tidak suka sama sekali untuk menjawab call seseorang, mungkin anda malu atau kekok untuk berbicara tetapi dengan si dia, segalanya berubah.

2. Jika si lelaki, mereka akan sering mengusik atau menyakat seperti mengkritik pakaian si gadis, warna tudung si gadis, kasut si gadis. Apa sahaja penampilan si gadis pasti tidak kena pada mata si lelaki. Kadang kala mereka cuba mengusik fizikal anda, kerana mereka suka melihat reaksi si gadis yang comel.


3. Trend terkini, ramai juga di kalangan kita sibuk memikirkan ‘pick up line’ untuk memikat kekasih hati. Terutamanya si lelaki, ada sahaja ayat ‘pick up line’ yang dicipta. Jika si gadis memberi respon dalam bentuk ‘pick up line’ juga, berkemungkinan anda tidak bertepuk sebelah tangan.

4. Lelaki terkenal dengan sikap ego mereka. “Dia ni nampak macam suka kat aku, tapi kadang-kadang macam tak suka juga” si gadis bermonolog. Kadang kala si lelaki memberi hint, tetapi ada juga masa diam seribu bahasa. Lelaki jenis begini, lebih suka ‘direct to the point’. Mereka tidak suka berkias dan lebih suka perempuan yang memulakan langkah dahulu.

5. Bahasa badan juga penting. Lirikan mata. Selalu mencuri pandang pada anda. Sering bertegur siapa dan bertanyakan hal-hal di luar jangkaan seperti “Panas betul hari ni, boleh I belanja minum?”. Badan mereka juga sering mengadap pada badan anda apabila berkomunikasi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen