“Ciri-ciri Calon Isteri Yang Perlu Aku Pilih.”

Wanita. Kalau salah pilih, silap hari bulan boleh haru kehidupan rumah tangga. Ialah, bila bersama, bukan selamanya happy. Kadang ada masa-masa seorang lelaki akan jatuh. Pada waktu inilah wanita diperlukan untuk memberikan sokongan. Kalau waktu senang saja dia nak hidup dengan kau, memang meranalah hidup.



1. Cantik.

Perkara ini terlalu subjektif untuk dirungkaikan. Ada lelaki yang sukakan wanita berisi, kadang yang putih berseri, yang comel lote bak kata orang terengganu. Itu terpulang kepada citarasa masing-masing. Kalau dah berkenan, memang cairlah lelaki tu.

2. Keturunan.

Biasanya dilihat kepada ahli keluarga perempuan itu. Bagaimana adik-beradik yang lain. Okay ke? Ibu bapa dan keturunan yang bagaimana? Ini perlu diperhalusi dengan lebih teliti. Seterusnya seorang lelaki disarankan mengahwini wanita yang subur dan pengasih. Kerana Rasulullah s.a.w berbangga dengan umat yang ramai. Terakhir, jika boleh tiada pertalian kekeluargaan yang dekat.

3. Harta.

Rasulullah s.a.w sendiri memperisterikan Khadijah. Seorang yang hartawan. Tetapi yang penting Khadijah adalah seorang yang beragama. Sanggup kehilangan harta demi untuk agama Islam. Kalau pilih yang kaya tapi tidak beragama, tiada gunanya.

4. Agama.

Jika seorang wanita itu faham dan amal agama Islam, seorang lelaki itu sangat beruntung. Kerana, dengannya kau akan tenang. Apa yang diajarkan oleh Islam adalah baik belaka, sekiranya wanita ini mengamal agama, maka keluarga yang dibina juga akan bahagia.


Jika kau lihat kesemua ciri-ciri ini terdapat pada wanita yang diidamkan, segeralah berjumpa dengan ibu bapa si dia. Setidaknya pilihlah yang beragama. Isteri yang mengamalkan agama, insyaAllah jiwa kau pun akan tenang memperisterikan dia nanti. Ingat, jumpa terus ibu bapa si dia. Lambat-lambat, terlepas pula nanti.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen