Berbulan siasatan, polis Thailand akhirnya tutup kes kematian Tangmo Nida

Selepas berbulan siasatan dilakukan, polis Thailand akhirnya menutup kes kematian Tangmo Nida dengan membuat kesimpulan bahawa aktres berusia 37 tahun itu meninggal dunia kerana lemas.

Polis kesan semua suspek atas bot

Menerusi sumber The Thaiger, polis turut mendakwa kesemua lima rakannya yang menaiki bot termasuk seorang lelaki yang dipercayai sebagai penasihat mereka dengan pelbagai kesalahan termasuk kecuaian, berbohong dan menyembunyikan bukti.

 

 

 

Kematian disebabkan kemalangan 

Sementara itu, Ketua Polis Leftenan Jeneral Jiraphat Phumphichit telah menolak dakwaan kematian aktres itu terdapat unsur pembunuhan.

Pihaknya juga membuat kesimpulan bahawa kematian Tangmo disebabkan kecuaian seseorang di atas bot, tetapi tidak mengenal pasti suspek yang mana harus dipersalahkan, dalam erti kata lain ia adalah kemalangan.

"Tangmo tak jatuh ke dalam sungai dengan kecuaian sendiri, tetapi ada seseorang yang menyebabkan kematiannya."

-Jiraphat Phumphicit-

Untuk maklumkan, antara suspek yang dimaklumkan adalah termasuk pengurus Tangmo iaitu Idsarin Gatick bilamana dia didakwa atas kesalahan menyembunyikan bukti untuk membantu pesalah dan memberikan kenyataan palsu.

Terdahulu, Thailand melaporkan akan kematian aktres terkenal bernama Tangmo Nida yang dipercayai terjatuh dari bot laju dan lemas di Sungai Chao Phraya.

Walau bagaimanapun, mayat Tangmo ditemui dalam keadaan sangat meruntun hati sekaligus menyebabkan ramai meragui punca kematiannya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen