Lelaki mengamuk, tak suka CCTV jiran tengok rumahnya. -"Kau setting elok2 lah!"

Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) ketika ini dilihat memainkan peranan penting sebagai bukti dalam sesuatu kes sama ada kecurian mahupun kemalangan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, ramai sudah mulai memasang kamera tersebut di rumah mereka termasuklah pada kenderaan.

Lelaki mengamuk CCTV jiran hala ke rumahnya

Begitulah juga yang dilakukan oleh lelaki ini, namun siapa sangka tindakannya itu kurang disenangi oleh jirannya pula sehingga rumahnya diserang pada waktu malam.

 

 

Menerusi video berdurasi 2 minit 53 saat itu, memaparkan detik kekecohan yang berlaku di luar rumah, bilamana seorang lelaki mengamuk memaklumkan bahawa dia tidak suka akan CCTV yang dipasang oleh jirannya asyik tertumpu pada rumahnya.

"Aku pun ada lah kamera...apa masalahnya, aku ada tengok rumah kau ke?"

"Kau tengok kamera kau, apasal pandang rumah aku?"

Hampir saja bertumbuk

Walau bagaimanapun, pertelingkahan itu berjaya diredakan oleh jiran lain memandangkan kedua-duanya hampir sahaja bertumbuk.

"Kalau kita berterima kasih" 

Dalam waktu sama, warganet turut meluahkan rasa hairan punca lelaki berkenaan terlalu marah, walhal CCTV tersebut dipasang demi keselamatan bersama juga.

 

"Diaorang ni ada sejarah silam ke?"

"Pelik manusia ni"

 

"Mungkin dia nak privasi" 

Sebahagiannya pula berpendapat bahawa hal itu pastinya terkait dengan privasi keluarganya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen