"Tak pernah jadi sebelum ni." - Ayah dedah perangai 'pelik' anak sebelum pergi, tak henti tangisi perkara terjadi

Oleh: Shasha Zack

Sayu dan pilu, itulah perasaan sepasang suami isteri yang diuji kehilangan 2 anak serentak akibat kemalangan.

Nayli Ulfa, 15 dan adik, Nur Amni, 11 maut dalam kemalangan motosikal yang dirempuh sebuah lori ketika mangsa keluar berdua membeli makanan.

Dua Itu Sahajalah Anak Saya, Saya Reda.” Anak 'Pergi' Serentak, Ayah Dua  Beradik Yang Maut Dilanggar Lori Kongsi Cerita - KELUARGA

Tak boleh kawal sebak, menangis hingga ditenangkan jemaah..

Dalam satu perkongsian Tiktok, bapa kepada dua mangsa yang maut dilihat tidak tertanggung menahan kesedihan apabila dia menangis tak henti usai solat jenazah kedua arwah puterinya.

Difahamkan, bapa, Farizuddin Mat Saat berada di dalam surau dan menerima khabar duka menerusi group whatsapp tentang kemalangan yang berlaku.

 

@faz737 moga syurga buatmu..Alfatihah..#alfatihah #fyp#2beradik ♬ bunyi asal - Mohd Fadhli

"Buat apa saja sama2, sampai hari kejadian pon masih berdua..."

Menerusi laporan Harian Metro, Farizzudin mendedahkan sikap 'pelik' ananya yang tiba-tiba rapat dan berkepit sejak seminggu lalu. Lebih sayu, mereka merancang ingin membeli kelengkapan raya dalam masa terdekat, namun ajal maut di tangan Tuhan, dua puteri kesayangan dijemput Ilahi dalam nahas.

Ayah Menangis Usai Solatkan 2 Beradik, Dedah Perangai 'Pelik' Sebelum Nahas 4

Ayah Menangis Usai Solatkan 2 Beradik, Dedah Perangai 'Pelik' Sebelum Nahas 2

"Mereka berdua saja lah anak saya..."

Tambah Farizzudin, dia sangat sedih dan terkilan, bagaikan tak percaya dua puteri yang selama ini ada, terus 'hilang' depan mata membuatkan mereka sangat merasa kehilangan.

Meskipun begitu, bapa dan ibu ini tetap redha menerima ketentuan Ilahi.

Ayah Menangis Usai Solatkan 2 Beradik, Dedah Perangai 'Pelik' Sebelum Nahas 3

Dua beradik ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan PSJ4, Petaling Jaya pada petang semalam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen