Dirempuh motosikal, lelaki terkilan 3 balang air meniaga pecah undang sebak ramai - "Hilang punca rezeki."

Oleh: Shasha Zack

Bagi peniaga, perniagaan yang mereka usahakan merupakan punca rezeki untuk memperoleh duit buat kelansungan hidup.

Namun begitu, malang bagi seorang lelaki apabila perniagaannya dirempuh sebuah motosikal hingga semuanya musnah sekelip mata.

"Hanya Allah saja yang tahu perasaannya..."

Perkongsian @hasbaen di Tiktok meraih simpati ramai yang turut berduka melihat kemalangan yang menimpa lelaki ini, membuatkan semua barang niaganya musnah.

Termasuk 3 balang air dan kaki meja yang patah, ramai mengerti perasaan lelaki ini yang terkilan melihat kemusnahan gerai kecil yang diusahakannnya sepanjang Ramadan.

 

@hasbaen HANYA ALLAH SAHAJA YG TAHU 🥺 #fyp #viral #ramdhan2022 ♬ bunyi asal - arinnakibb - 𝒀𝒊𝒆𝒏🧸

"Kerugian mencecah RM800.."

Di ruangan komen, empunya video menyatakan kerugian yang dialami mencecah RM800 buat ramai simpati. Mujur ramai yang baik hati sedia menghulur bantuan untuk meringankan beban lelaki ini.

Dlam pada itu, ramai mendoakan agar ada hikmah di sebalik semua yang berlaku, dan dipermudahkan urusan lelaki ini.

"Tadi nak beli air ingat habis, rupanya accident.."

"Semoga tabah.."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen