"Saya tak bersalah..." -Pegawai wanita pertikai hukuman? Tiada niat malukan tugas polis

Sejak beberapa hari ini, kecoh di media sosial apabila seorang pegawai wanita membuat 'live' di Tiktok semasa sedang menjalankan operasi serbuan kelab malam.

Rata-ratanya mempertikai etika kerjanya sehingga akhirnya video tersebut sampai ke pihak atasan, termasuklah Timbalan Ketua Polis Negara.

Pegawai pertikai hukuman dipindahkan?

Selepas dimaklumkan pegawai terbabit akan dipindahkan, tular pula gambar tangkap layar pengakuan dirinya mengaku tidak bersalah.

 

Difahamkan, pengakuan tersebut tular di aplikasi Telegram dan kemudiannya dikongsikan semula oleh portal Kaki Viral Terkini di Facebook.

Bandingkan dengan siaran TV lain

Ujarnya, tujuan 'live' dibuat tidak lain hanya ingin menarik pengikut di Tiktok sekaligus mempromosikan bisnes kecilnya.

Justeru itu, dia turut mempersoal kewajaran pihak atasan menghukumnya, sedangkan ada sahaja siaran TV lain juga berbuat perkara yang sama.

"Kenapa TV3 999 boleh 'live' masuk tv siaran langsung, satu dunia melihat sewaktu membuat serbuan dan lain-lain."

"Jikalau JIPs ingin mengambil tindakan terhadap saya, kerajaan juga perlu ambil tindakan atas siaran TV dan program-program 'live' tentang serbuan polis baru adil"

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihan gambar tangkap layar tersebut.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara iaitu Datuk Razarudin memaklumkan bahawa pihaknya telahpun mengambil tindakan ke atas pegawai wanita itu.

Difahamkan, pegawai terbabit yang dahulunya daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman akan dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dengan menyandang tugas sebagai ASP Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) di UiTM (INDUK).

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen