Bayar murah nak servis tiptop, lelaki dikritik sebab banyak songeh. -"Basuh tempat lain lah!"

Bercerita tentang orang kenamaan atau berpangkat, ada sahaja isu membabitkan golongan ini yang membuatkan rakyat marhaen tidak berpuas hati.

Bagi mereka, dunia menilai individu berdasarkan kastanya, yang berduit disanjung sementara yang biasa-biasa ditindas, namun sekejam itukah dunia?

Lelaki banyak songeh dikritik

Menyingkap perkongsian Malaysian Guy, memaparkan situasi di sebuah kedai cuci kereta di tepi jalan.

 

@malaysianguy

Kesian pulak tengok pakcik tu melayan..

♬ Lip Lap Raya - Dato' Sri Siti Nurhaliza

 

 

Dalam video tersebut kelihatan seorang lelaki yang berpakaian serba mahal sepertinya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan di kedai tersebut.

Selepas membuat bayaran, dia meminta salah seorang staf memeriksa kembali beberapa tempat yang mungkin kurang bersih dan memuaskan di matanya.

"Salah tempat ni"

Meninjau ke ruangan komen, ramai beranggapan bahawa lelaki itu salah tempat untuk cuci kereta mewahnya kerana dia terlalu berlebihan dalam pemerhatian tetapi berkira tentang kos pembayaran.

 

 

"Kalau nak cantik, jangan hantar tepi jalan"

"Bawa pergi specialist"

 

"Dia bayar kan, tak salah pun" 

Namun begitu, sebahagian dari warganet berpendapat tindakan lelaki tersebut sebenarnya tidak salah kerana servis mereka dibayar dan amat wajar untuk dia menegur sekiranya ada perkara yang kurang berkenan pada pandangannya.

 

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen