Buka bonet kereta waktu jalan jem, 'member' riuh ingatkan orang niaga tengah jalan

Umum sedia tahu bahawa kini keadaan jalan raya sangat sesak dibanjiri kenderaan dari bandar yang masing-masing ingin pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Seperkara dengan itu, dapat juga kita lihat pelbagai ragam mereka di sosial media sewaktu  menghadapi kesesakan tersebut, bilamana semuanya seperti 'membalas dendam' selepas dua tahun tidak dapat beraya.

Buka bonet tengah jalan ingatkan ada bazar

Berkongsi pengalaman sama, dia yang hanya ingin dikenali sebagai Hullera ada memuat naik sebuah video menyaksikan sebuah kenderaan membuka bonet keretanya di tengah jalan.

 

@iamhullera

Iller iller mat

♬ bunyi asal - Hullera

 

Tidak jauh dari kenderaan itu, terdapat bangku yang diletakkan sebagai tanda kepada pengguna jalan raya lain agar berhati-hati dan berwaspada dengan keretanya yang berada di tengah jalan.

Rupanya kereta rosak

Bagaimanapun, Hullera dan rakannya yang melihat kejadian itu menjadi tidak keruan pula kerana beranggapan pemilik kenderaan membuka tapak niaga di situ.

Rupanya dia memerlukan bantuan kerana keretanya rosak di tengah jalan.

"Tak rilek mat"

Kejadian itu sekaligus mengundang tawa warganet mengenangkan suara pemilik akaun dan rakannya semasa melihat situasi itu walaupun secara dasarnya kelakuan mereka tidak kelihatan.

"Buka bazar tengah jalan"

"Pandai ambil peluang"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen