"Ini shopping ke merompak?" - Baju berterabur dalam butik, ramai terkilan keadaan sekeliling bagai dilanggar todak

Oleh: Shasha Zack

Dalam pada semua orang sibuk berbelanja untuk persiapan raya, nampaknya butik-butik pakaian yang mengeluarkan baju raya dengan harga berpatutan terjejas dari segi 'persekitaran'

Mana taknya, tular satu video menunjukkan satu butik pakaian ternama yang berterabur segala baju di atas lantai akibat orang ramai yang 'panik' membeli belah.

"Dah macam kena rompak, bukan shopping.."

Perkongsian @syaqiey97 di Tiktok meraih perhatian ramai yang terkejut malahan terkilan dengan sikap sesetengah individu yang mengakibatkan 'keberantakan' persekitaran butik tersebut.

Dalam video, banyak pakaian yang tercampak di sini sana dipercayai ketika orang ramai membeli belah, mencari baju raya.

 

@syaqiey97 dah mcm kene rompak 😂… #raya #raya2022 #muaz #dolly ♬ original sound - rฯคຖ Şฯค๑iēฯ

"Ingat tempat aku je macamni, tahu murah tapi janganla sampai ke lantai.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen simpati pada pekerja yang bakal 'menyelesaikan' segala 'kerosakan' yang berlaku kerana ianya terlampau banyak untuk dikemas dala keadaan semua baju yang dilonggok sebegitu.

Malahan, ramai yang memberi nasihat untuk lebih menjaga perasaan orang lain dalam membeli belah dan tidak menyusahkan sesiapa.

"Kesian staff nak kemas semula.."

"Saya dah pergi, memang bersepah.."

"Sama la tempat kerja saya, sampai demam semua pekerja nak kemas.."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen