Banyak kali cuba pun tak boleh, pemandu Myvi geram rempuh palang tol RFID

Terdahulu sistem pembayaran tol menggunakan Rfid pernah menjadi bualan orang ramai yang rata-ratanya kurang berpuas hati dengan kaedah tersebut kerana sering mencetuskan bermasalah.

Mana tidaknya, disebabkan pelaksanaan sistem tersebut juga kita menyaksikan kesesakan yang agak teruk di laluan tol.

Pengguna geram dengan sistem Rfid

Walau bagaimanapun, siapa sangka masalah sama kembali berulang yang mana perkongsiannya ada dimuat naik oleh Adrian Tan menerusi rakaman 'dashcam' pada keretanya.

Terus rempuh palang tol 

Dalam hantaran tersebut, memaparkan kesungguhan sebuah kereta Myvi di laluan Rfid.

Pelbagai cara dia lakukan agar sistem dapat mengesan pelekat pada kenderaannya sehingga akhirnya pemandu jadi hilang sabar dan telah merempuh palang tol di laluan berkenaan.

"Itu cara betul ajar sistem slow"

Hal itu bukan sahaja mengejutkan perakam, malah warganet juga meluahkan rasa puas hati kerana tindakan pemandu berkenaan  sebenarnya telah mewakili mereka terutamanya pengguna Rfid.

 

"Terima kasih King, awak buat benda betul"

"King juga berani selesaikan"

 

Demikian adalah kerana beranggapan pihak bertanggungjawab yang memperkenalkan sistem tersebut sepertinya tidak mengambil pusing akan segala komen pengguna agar ia dikaji semula.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen