5 jam je dalam kereta, ramai tak percaya gadis ini tak hadap jem. -"Video lama kan?"

Dalam keterujaan ingin pulang ke kampung,  terdetik pula rasa resah di hati mengenangkan nasib diri yang perlu menempuh kesesakan lalu lintas yang sehingga kini masih tidak berpenghujung.

Dari KL-Kedah 5 jam je?

Walau bagaimanapun, siapa sangka wanita ini tidak perlu pun menempuh kesesakan tersebut, walhal perjalanan ke kampungnya boleh dikatakan agak jauh juga.

@fynaazailani

Yayyy 5 jam je balik kedah dari KL alhamdulilah

♬ Raya Raya Raya - DOLLA

 

Dalam perkongsian fynaazailani, menyaksikan kompilasi video perjalanan keluarganya pulang ke kampung di Kedah.

Mengenangkan keadaan jalan, pasti tidak menyangka perjalan mereka hanya dalam tempoh 5 jam sahaja dari Kuala Lumpur.

"Ni video baru gais!"

Jika dilihat dalam videonya, lebuhraya tidak terlalu sesak walaupun kenderaan mulai banyak di atas jalan.

Hal itu membuatkan ramai tidak percaya bahawa perjalanannya sekeluarga sebegitu lancar sedangkan yang lain masih tersangkut di tengah kesesakan.

Berkongsi tips tersebut, dia memaklumkan mereka sekeluarga  bertolak dari Kuala Lumpur seawal jam 11 pagi dan tiba di Kedah tepat jam 4 petang.

"Jangan bagitahu orang..."

Hal itu secara tak langsung membuatkan sebahagian warganet mulai tak senang duduk kerana masing-masing berharap agar perjalana mereka juga selancar itu.

"Masih menunggu..."

"Cuba balik pantai timur"

Mana tidaknya, difahamkan ada dari kalangan ahli keluarga mereka masih belum tiba di kampung sejak malam tadi susulan kesesakan yang berlaku.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen