Beruntunglah Lelaki Yang Mempunyai Wanita Begini.

Wanita itu mahal. Terlalu exclusive hanya untuk orang tertentu sahaja. Jika anda temui sifat ini pada isteri anda. Saya ucapkan tahniah! Sebab apa? Anda beruntung bersamanya.



1. Sombong.

Ya. Sombong dengan lelaki lain. Dia khaskan dirinya hanya untuk suaminya sahaja. Jika ada lelaki yang menganggunya, segera dia beredar untuk menjaga diri daripada dicemari oleh lelaki tersebut. Jika dilihat dengan sifat wanita sombong ini menyebabkan para lelaki sangat menghormati wanita tersebut, walaupun dia bergelar “seorang wanita.” Ketegasan mereka memberikan rasa kagum seorang lelaki terhadapnya.

2. Takut.


Takut hanya untuk menjaga kesucian diri. Bukan pada hal remeh temeh. Dia menjaga pakaian daripada dilihat lelaki lain, takut akan seksaan Allah di akhirat kelak, bahkan merisaukan dirinya akan bahaya jika bersama lelaki lain.

3. Kedekut.


Isteri diamanahkan oleh Allah agar menjaga harta suaminya. Jika ada lebihan, disimpan. Jika ada kekurangan, dia berjimat cermat. Sifat inilah yang perlu ada pada semua isteri supaya harta seorang suami dapat disalurkan kepada perkara yang berfaedah.



Jadi, jika anda jumpa wanita begini, segeralah pergi kerumahnya. Katakan kepada orang tuanya “saya mahu jadikan dia isteri secepat mungkin.” Wohooo! Kalau melepas, tak boleh buat apalah. Termenunglah tepi tingkap sambil tengok burung-burung bertebangan. Hehe Kalau isteri anda memang mempunyai sifat ini, ucapkan kepadanya “terima kasih sebab mahalkan diri awak untuk saya je.” Confirm tak tidur malam isteri tu mengenangkan suami yang sangat sweet. Hehe


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen