Hanya ambil kaum Cina sahaja kerja? Bonia jawab tuduhan warganet. -"Ini hanya sebahagian..."

Sebuah jenama barangan mewah, BONIA menerima kecaman hebat selepas tular video yang dimuat naik oleh salah seorang stafnya, semalam.

 

Niat nak kongsi suasana tempat kerja

Dalam paparan tersebut, menyaksikan suasana kerja staf di bawah naungan BONIA selain berkongsi bagaimana mereka diraikan oleh pihak pengurusan di situ. 

 Netizen perasan 'benda' lain pula

Walau bagaimanapun, warganet menyedari perkara lain pula apabila sepanjang video itu dirakam, majoriti pekerja di situ hanyalah berbangsa Cina sahaja.

Hal itu sealigus membuatkan netizen tertanya-tanya samaada pihak pengurusan BONIA pilih kasih kerana hanya mengutamakan bangsa sendiri sahaja.

BONIA nafi dakwaan diskriminasi kaum

Namun begitu, pihak BONIA tidak berdiam diri sebaliknya tampil dalam satu kenyataannya menafikan sekerasnya bahawa pihaknya mengutamakan kaum Cina sahaja.

 

 

 

"Kami adalah sebuah syarikat yang berbangga dengan memupuk budaya kerja yang inklusif."

"Daripada lembaga pengarah, kakitangan, pengurusan pejabat, kami berbangga mempunyai bakat yang datang dari pelbagai latar belakang."

"Yakinlah, kami mempupuk kepelbagaian"

Tegasnya, video yang dirakam hanya gambaran kepada sebahagian ruang syarikat sahaja, bukannya keseluruan.

"Yakinlah bahawa kami secara aktif memupuk kepelbagaian daripada dasar dan protokol pengambilan dalaman kami kepada latihan kami untuk kakitangan kami."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen