"Buta ke!" - Duduk dalam petak kuning, lelaki pergi sebelah kereta, maki habis2 buat netizen puas

Oleh: Shasha Zack

Terkadang apabila di jalan raya, tidak semua individu sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan hingga boleh menimbulkan perbalahan dan kemalangan.

Begitulah perbalahan yang berlaku, apabila sebuah kereta, selamba berhenti di petak kuning hingga kenderaan yang sepatutnya keluar, tersekat.

 

"Termaki sikit, terpampang petak kuning.."

Perkongsian @alang_jebon di Tiktok meraih perhatian ramia yang turut geram dengan tindakan kereta hitam berkenaan yang tidak berhenti sebelum di petak kuning.

Dalam video, empunya video terlalu marah hingga pergi ke sebelah kereta hitam berkenaan dan terus menghamburkan kemarahannya dan memaki, buat netizen puas.

 

@alang_jebon

termaki siket, terpampang petak kuning

♬ Se Acabo Remix - Orlisz F'brianno

"Gangster bertempat..."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen menyokong tindakan lelaki tersebut yang memaki pemandu tidak berhemah berkenaan hingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain..

"Terbiasa buat tu..."

"Sekarang memang ramai tak ambik kisah pasal petak kuning.."

"Kereta tu ambik lesen terbang..."

Anda masih keseorangan?

1,091,767 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen