"Terus ke alam bunian!." - Konon ikut 'waze' nak elak jem masa raya, geng lelaki sesat masuk hutan belukar

Oleh: Shasha Zack

Seringkali kita menggunakan pelbagai aplikasi 'maps' untuk mengelakkan kesesakan jalan raya bagi menjimatkan masa.

Lain pula halnya dengan satu geng lelaki ini, yang akhirnya masuk ke hutan belukar buat netizen terhibur.

"Tragedi raya, ikut waze nak elak jem..."

Perkongsian @pudyenn93 di Tiktok meraih perhatian ramai apabila dia tersesat hingga masuk ke hutan gara-gara mengikut 'petunjuk' waze.

Dalam video, dia dan rakan-rakan hanya mampu menggeleng kepala apabila laluan yang dilalui bukan semakin memudahkan, malahan semakin menyusahkan.

@pudyenn93 Jangan ikut waze nak elak jem #raya2022 ♬ Selamat Hari Raya - Puan Sri Saloma

"Jalan luar tu tak jammed pon, google maps lebih baik.."

Tinjauan ke ruangan komen mendpaati rata-rata netizen berseloroh mereka kini sudah berada ke alam bunian gara-gara jalan yang dilalui terlalu semak samun dan menakutkan.

Malahan dalam video, didapati ternyata jalan utama lebih baik kereta didapati langsung tidak sesak.

"Dah masuk semak tu dia jalan lagi.."

"Owner dengan waze sama lurus.."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen