Tuan rumah pelik ramai datang beraya, lepas tunjuk gambar rupanya 5 keluarga silap rumah!

Aktiviti kunjung mengunjung sewaktu Aidilfitri amat sinonim dengan rakyat Malaysia.

Jika dahulu aktiviti seperti ini tidak dibenarkan kerana lonjakan kes harian Covid-19, kini tidak lagi selepas kerajaan melonggarkan beberapa SOP sepanjang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Jika dapat kita lihat, media sosial turut dibanjiri dengan pelbagai gelagat orang ramai dapat menyambut perayaan di kampung bersama keluarga dan sanak saudara.

Malu tersilap beraya rumah orang

Tak dinafikan, ia 'moment' paling menyeronokkan, namun jangan tidak percaya dalam keseronokan itu ada juga dalam kalangan kita berdepan situasi bilamana tersilap berkunjung ke rumah keluarga.

  

@trg.irddina confident kene tinggi , baru raya ketiga dah buat hal salah masuk rumah orang  #fyp #RancakRaya #amediketu #foryourpage ♬ suara asli - BANG NDOT

 

Mungkin ia mustahil terjadi, tetapi hakikatnya kejadian tersebut telahpun berlaku kepada keluarga ini apabila kunjungannya ingin ke rumah atuk saudara bertukar pengalaman memalukan pula.

Tuan rumah pun kata betul

Menurut pemilik akaun, mengikut alamat yang diberi memang itulah rumah yang dimaksudkan.

Malah, sebelum semua pakat turun kereta pun salah seorang dari mereka sudah bertanyakan lanjut kepada pemilik rumah itu bagi memastikan alamat dan penama rumah itu adalah betul.

 

 

 Pelik tetamu ramai sangat!

Walau bagaimanapun, tuan rumah luah hairan susulan melihat terlalu ramai sanak saudara yang datang berkunjung  sehingga akhirnya terbongkar rupanya mereka salah rumah selepas melihat gambar atuk saudara yang dimaksudkan.

"Malu weyh, angkut 5 keluarga sekali"

Lebih memalukan, difahamkan kesemua lima keluarga yang ada ketika itu pakat keluar dari rumah itu beramai-ramai selepas diberitahu akan kesilapan yang tak disengajakan itu.

"Ini baru raya terkejut"

 

Tuan rumah pun tak perasan

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen