Realiti Perkahwinan Tak Seindah Drama TV, Bersedialah Untuk Susah Senang Bersama Selepas Kahwin.

Oleh: Rafi

Semua orang nak kahwin, kan? Nak ada pasangan yang sentiasa ada dengan kita di masa susah dan senang, di masa sedih dan gembira. Ini fitrah kita sebagai manusia - nak berkongsi hidup dengan teman yang berlainan jantina. Mungkin atas sebab ini, ramai di antara kita yang memilih untuk kahwin muda sampaikan ia menjadi seakan satu trend baru. Ada yang kahwin betul-betul selepas habis belajar, sekitar umur 21-22 tahun, dan ada juga yang kahwin semasa masih belajar lagi. Barulah extra sweet bila ada orang teman belajar, hantar ke kelas, atau boleh tolong ajar, kan? Sayangnya, realiti hidup kita tak sama dengan apa yang ditayangkan dalam drama TV. Tak semua orang dapat kahwin dengan anak orang kaya yang sanggup sediakan segala-galanya. Lepas kahwin, tinggal 'cuci kaki' saja. Hari-hari cuma bercinta.



Sedangkan sebenarnya, ramai pasangan yang terpaksa ikat perut untuk mulakan hidup bersama. Mungkin tinggal dengan ibu bapa dulu untuk jimat kos sewa rumah. Selepas beberapa bulan, cukup duit untuk deposit, kemudian sewa rumah. Beli barangan asas dulu contohnya tilam dan dapur gas. Bila ada rezeki lagi, beli peti ais pula. Kemudian kumpul duit lagi untuk beli mesin basuh pula. Semuanya dibeli perlahan-lahan, ikut keperluan. Barangan lain seperti TV, meja makan, sofa dan sebagainya dikira seakan tak penting pun. Lagipun, kan masih duduk di rumah sewa? Tak perlu semuanya sempurna. Asalkan cukup untuk kehidupan seharian. Kos sara hidup pun bukannya murah. Ibu bapa, adik-adik pun masih kena dihulur juga. Kalau ada duit lebih, baiklah disimpan untuk siapkan rumah sendiri nanti.



Firman Allah SWT;

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (QS An-Nuur 24:32)

Memang perkahwinan membukan pintu rezeki. Tapi rezeki bukan datang dalam bentuk wang ringgit sahaja. Pasangan yang baik pun rezeki. Hati yang tenang pun rezeki. Dan kalau duit kita berkat, duit yang ada pun akan sentiasa rasa cukup. Perkahwinan perlukan pengorbanan. Dan mungkin nanti, salah satu pengorbanan kecil yang anda akan perlu buat adalah dari segi small luxuries contohnya makan di restoran dengan kawan-kawan sekali sekala, beli baju baru untuk reward diri sendiri dan sebagainya. Paling penting, betulkan niat dalam hati. Kahwin itu ibadah. Jalan untuk kita dapatkan pahala. Mungkin di awal perkahwinan anda nanti, anda terpaksa masak dan makan di rumah setiap hari. Ataupun beli bungkus, dan kemudian share berdua. Normal. Bukan senang nak mulakan hidup baru dari kosong. Hidup kita tak sama dengan drama kisah cinta dalam TV yang biasanya cuma ada satu halangan dan kemudian terus dihabiskan dengan happy ending sampai bila-bila.



Banyak lagi cabaran yang anda akan lalui selepas kahwin. Bila ada masalah, jangan terus putus asa. Anda kena kuat dan tabah. Usaha sehabis baik untuk cari jalan penyelesaian. Ada sebab Allah SWT hantar dugaan kepada anda berdua. Supaya anda tak perlu hadapi cabaran itu seorang diri. Susah senang bersama, kan? Lama-lama nanti, bila rezeki pun dah bertambah, masa susah bersama inilah yang akan dikenang-kenang. Sebab detik-detik inilah yang akan mengeratkan hubungan dan menambah perasaan sayang dalam hati anda berdua. Sementara itu. teruskan usaha dan percaya yang Allah SWT akan bantu dan permudahkan urusan hambaNya. Jangan putus harapan. Yakin dengan rezeki Tuhan. Dengan izinNya, rezeki anda akan bertambah. Mungkin dengan harta benda, ataupun mungkin juga dengan zuriat yang juga pembawa rezeki.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen