Sibuk nak mencelah, lelaki berang kereta disagat bas, terus turun jumpa pemandu tengah jalan

Tiada orang suka berdepan dengan kesesakan lalu lintas, cukuplah menyaksikan keadaan lebuhraya sewaktu menjelang Aidilfitri minggu lalu.

Memang penjarakan antara kereta sangat maksimum, hanya yang berada di situasi itu sahaja faham emosi mendepani kesesakan tersebut.

Bahana himpit bas tengah jalan

Sejajar dengan perkara itu, tak dinafikan pasti ada dari kalangan pengguna gagal mengawal emosi mereka, terutamanya sewaktu berjumpa dengan individu pentingkan diri sendiri seperti yang menimpa dua buah kenderaan ini.

 

Menerusi rakaman 'dashcam' berdurasi 41 saat itu, kelihatan sebuah kereta Avanza berusaha untuk mencelah di tengah laluan antara kereta Kelisa dan bas yang dipercayai baru masuk dari susur kiri.

Naik angin kereta kena sagat

Walau bagaimanapun, usahanya untuk mencelah tidak kesampaian apabila keretanya disagat pula oleh bas berkenaan dari tepi menyebabkan bahagian sisinya mengalami kerosakan.

Berang dengan kejadian menimpa, pemandu Avanza kemudian memberhentikan keretanya di tengah jalan sebelum turun untuk berjumpa dengan pemandu bas.

"Lain kali himpit lori balak pula"

Adapun begitu, rata-rata netizen puas melihat insiden yang menimpa pemilik Avanza berkenaan kerana masalah tersebut diundang olehnya sendiri, bukan dari pihak bas yang dilihat berada dalam 'lane'.

 

"Dah tahu ada halangan..."

 

"Ingat dia sorang je nak cepat"

"Otak tertinggal ke?"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen